Pelakon, Nad Zainal yang kini sedang menjalani tempoh berpantang ada berkongsi cerita setelah melahirkan anak keduanya, Budi Kalsom pada 30 Mac lalu.
Menurut pelakon berusia 30 tahun ini, dia ada menyatakan mengenai kaedah bersalin yang dilalui para ibu.
“MERANA LEPAS CZER? BOLEH KE PANTANG NORMAL? Assalamualaikum, ok pertama sekali tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, tak perlulah dibanding-bandingkan, kerana semua melalui nikmat dan sakit yang sama.
“Dan bila time berpantang pula, ada beza, yang normal boleh tangas, yang czer tidak, yang normal 1st day pantang dah boleh berbengkung, yang czer kalau boleh tunggu luka kering.
“Tapi, kalau bertungku, haaaa boleh!! cuma, area perut tak boleh… tapi selalunya after czer selalu lenguh pinggang tau mommies!
“So sekarang dah modern, dah ada tungku elektrik! rechargeable tungku! Nanad pun baru tahu! from @mahthika_hq.
“Tungku Mahthika @mahthika_hq sangat memudahkan proses ibu berpantang, tak payah la ke sungai cari batu,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menyatakan kelebihan menggunakan tungku elektrik .
“Suami kalau nak tungku isteri, cas je tungku 45 minit, dah siap!membantu sakit pinggang, dan melancarkan susu badan..thank you @mahthika_hq,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung yang bernana Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Nad telah selamat melahirkan Budi Kalsom secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI