Baru sahaja selamat menerima cahaya mata keempat, Daphne Iking nyata tidak mampu menahan sebak tatkala berkongsi secebis pengalaman yang dikirimkan para ibu di laman Instagram miliknya.
Cukup sukar dan sedih untuk diluahkan, dengan getaran suaran menahan tangis, jelas Daphne, ada segelintir ibu yang menghantar foto anak syurga mereka yang sudah meninggal dunia dan itu merobek hatinya.
Malah ada ibu yang sudah tiga kali keguguran dan masih menanti keajaiban.
Dia turut memberi sokongan dan dorongan buat pasangan yang masih belum punya rezeki menimang cahaya mata untuk terus mencuba.
Walau bagaimanapun ibu kepada empat orang anak itu turut menyatakan rasa bersalah apabila cuba berkongsi kegembiraan menerima orang baru dalam keluarga sementara masih ramai di luar sana yang bergelut menanti kehadiran cahaya mata.
“Just because miscarriages are common, it doesn’t mean it’s easy to know how to cope when you or someone you know experience one.
“I had just finished my confinement massage and was about to eat my late lunch, when I opened my phone to a flood of DMs and messages from friends and strangers alike.
“But one DM stood out. It just made me so sad and grateful at the same time.
“I receive a lot of private DMs of moms sharing their struggles getting pregnant, or going through a miscarriage but the latest sharing showed a very vulnerable picture of her angel – who went with the Lord a day before she delivered him.
“He looks exactly like Ilon.
“You know how babies tend to look the same when they’re newborns? This precious baby looked exactly like Ilon.
“Exactly.
“And so I broke down.
“Many ask how can they be “fertile like me”… some ask me “how do I move on from a miscarriage”. “Should I delete the pictures?” “Will I ever hold a child as precious as yours?”. Truth is, I don’t have the answers.
“I thought this impromptu live would help but I was all over the place. Hormones are crazy and I’m sorry I’m rambling off.
“I reckon I should have an aLIVE zoom with my sister and chat with her on her 3% success probability story. Maybe she will bring more light to this matter.
“I’m sorry I broke down. Thank you mommies for sharing your stories with me. I continue to pray for your recovery and road to your healing. May God hear your prayers,” kongsinya panjang lebar.
Daphne diijabkabul dengan Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dan dikurniakantiga cahaya mata, Iman Daniella Iking, Isidore Daniel Iking dan Llon Daniel.
Terdahulu hos itu pernah berkahwin dengan Ryan Chong pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Isobel Daniella Iking-Chong pada Disember 2007.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai pada 2009.
Foto : Instagram Daphne Iking
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui terimbau arwah bapanya, Arshad Ibrahim ketika melakonkan satu babak dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa.
Jelas Uyaina atau nama penuhnya, Shaidatul Naseha Uyaina Arshad babak tersebut secara langsung telah membuatkah hatinya tersentuh lantas meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham bapanya.
“Buat pertama kali, setelah lebih dua puluh tahun Usu akan bertemu dengan ayah dia, di penjara. Ayah yang dia sangka dah mati. Rupanya masih hidup lagi.
“Scene ni secara peribadi scene paling menyentuhkan buat Yana sebagai seorang pelakon.
“Sebab teringat dekat arwah Baba Yana sendiri. Apalah perasaan kalau dapat jumpa Arwah Baba again. Al-Fatihah buat Arshad bin Ibrahim.
“Episode 12, Perempuan Tanpa Dosa, malam ini #UyainaArshad #PerempuanTanpaDosa #UsuSakinah,” tulisnya.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara hari ni, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Astro Awani menitipkan ucapan terima kasih atas ucapan serta penghargaan yang didedikasikan kepadanya dari peminat dan rakan selebriti.
Siti menerusi sepotong video turut mengharapkan dia berpeluang untuk terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.
“Alhamdulillah semakin meningkat usia 40 saya harap boleh terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan artis, peminat yang mengenali mengayangi dan mengikuti saya yang telah buat ucapan. Ia sangat bermakna. Hanya Allah yang dapat membalas doa yang baik anda,” katanya.
Pada masa sama, penghibur nombor satu ini turut merakamkan ucapan terima kasih atas momen indah sepanjang bergelar anak seni.
“Terima kasih atas momen yang sangat indah sepanjang saya bergelar Siti Nurhaliza, artis yang anda kenal. Saya sayangkan anda semua,” kongsinya sambil berterima kasih kepada Astro Awani atas peluang dedikasi hari jadi yang diberikan.
Terdahulu, tanda palang #SitiGolden40th rancak digunakan peminat menerusi media sosial sebagai simbolik penghargaan buat penyanyi nan satu itu.