Penyanyi Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMN35) atas masalah kesihatan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusan, keputusan untuk tidak membenarkan penyanyi berkenaan membuat persembahan menerusi lagu Peluang Kedua itu atas nasihat doktor.

“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) yang bakal berlangsung bermula malam ini atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat & juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF.

“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” jelasnya.

IKLAN

Dalam pada itu, pengurus kepada Nabila, Ash mendedahkan, ia merupakan satu keputusan sukar dan menjadi impian penyanyi terbabit untuk membuat persembahan di pentas saingan Muzik-Muzik.

Malah, Nabila juga telah pun mengikuti kelas latihan vokal sejak September sebagai persiapan.

IKLAN

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal.

IKLAN

“Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ciptaan m Hael Husaini dan MFMF pada Ahad, iaitu hari terakhir penganjuran SFMM.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI