“Oh, bulan, enggan melayan diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi..”

Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’, Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.

Terdahulu sebuah lagu dan muzik keluaran Yuna merupakan antara topik perbualan ramai yang hangat diperkatakan, apabila lagu ciptaan dan nyanyian penyanyi itu telah didengari seramai 70 juta warga Amerika Syarikat.

Yuna Terharu, Akhirnya Berjaya Lebar Sayap Seni Di Negara Orang

 

“Kenapa Mereka Nak Dengar Lagu, Dari Artis Malaysia?” – Yuna Diperli Syarikat Rakaman?

Mengulas berkenaan kejayaan nya itu, Yuna menerusi Instagram Storynya menzahirkan perasaan terharu kerana akhirnya dia berjaya mengecapi kejayaan setelah melalui pelbagai onak dan duri di negara orang.

IKLAN

Mengimbau kepayahan sebelum berjaya naik ke puncak populariti di Amerika, Yuna terkenang ketika dia berusia 21 tahun, dia pernah menyampaikan hasratnya kepada salah sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur.

Ketika itu, dia hanya bersetuju menandatangani kontrak sekiranya syarikat rakaman membenarkan dia untuk melebarkan sayapnya dengan lagu Inggerisnya ke peringkat antarabangsa.

Namun, hasratnya tidak kesampaian, lebih teruk lagi apabila wakil syarikat rakaman itu memandang rendah terhadap kemampuan dirinya dan menghamburkan kata-kata memerli bahawa tiada siapa dari AS yang akan mendengar lagu inggeris dari artis Malaysia.

IKLAN

“Kenapa Mereka Nak Dengar Lagu, Dari Artis Malaysia?” – Yuna Diperli Syarikat Rakaman?

Menurut Yuna, jika mahu berjaya dan mancapai cita-cita yang diimpikan, kita harus berani melangkah ke depan dan jangan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain.

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menyatakan rasa syukur kerana mempunyai kawan, keluarga dan peminat dari Malaysia yang selalu mempercayai dan menyokongnya untuk terus ‘terbang lebih tinggi’.

IKLAN

Kejayaannya ini adalah kejayaan bersama, Yuna turut berterima kasih kepada peminat yang sudi mendengar dan membeli muziknya di Apple Music sebagai tanda sokongan hingga lagu-lagu nyanyianya menjadi hit.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Yuna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI