Pembaca berita dan pengacara, Izwan Azir Saleh akui kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang dikatakan kurang rasa simpati diatas kemangkatakan Ratu Elizabeth II pagi tadi.

Menurut Izwan, ada diantara kita juga yang berasa kurang senang apabila ad rakyat Malaysia yang turut menzahirkan rasa sedih diatas pemergian monarki paling lama memerintah dalam sejarah British itu.

“Kenang Jasa Baginda Kurniakan Kemerdekaan,” – Kaitkan Kemangkatan Ratu Elizabeth II Dengan Harga Barang, Izwan Azir Saleh Kecewa Ada Yang Kurang Rasa Simpati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh)

“’Dah mangkat tu, mangkat sajalah, bukan Raja kita pun, apa nak kecoh-kecoh?’ ‘Sibuk kesian dia mangkat, harga barang kita turun ke?’

“Itu antara secebis komen segelintir rakyat Malaysia apabila mendengar khabar kemangkatan Ratu Elizabeth ke-II awal pagi tadi.

“Komen-komem begitu bukan sahaja menunjukkan kita miskin rasa simpati, tapi tak habis belajar Sejarah,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Buletin FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Kenang Jasa Baginda Kurniakan Kemerdekaan,” – Kaitkan Kemangkatan Ratu Elizabeth II Dengan Harga Barang, Izwan Azir Saleh Kecewa Ada Yang Kurang Rasa Simpati “Kenang Jasa Baginda Kurniakan Kemerdekaan,” – Kaitkan Kemangkatan Ratu Elizabeth II Dengan Harga Barang, Izwan Azir Saleh Kecewa Ada Yang Kurang Rasa Simpati

IKLAN

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita patut menghargai jasa Ratu Elizabeth II kerana telah mengurniakan kemerdekaam buat negara ini.

“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?

“Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.

“Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya.

“Oh ye, Baginda adalah kata ganti nama kepada golongan Raja/Ratu, bukan beliau. Itupun orang kita nak buat isu,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar cara pemikiran tersebut dapat diubah.

“Setuju sangat.

“Well said bro.

“Sedih dengan pemikiran begitu. Semuanya nak dipandang negatif.

“Orang tak tahu sejarah memang akan cakap macam tu.

IKLAN

“Yang kritik tu hanya tahu hentap tanpa fakta pun,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Kenang Jasa Baginda Kurniakan Kemerdekaan,” – Kaitkan Kemangkatan Ratu Elizabeth II Dengan Harga Barang, Izwan Azir Saleh Kecewa Ada Yang Kurang Rasa Simpati

Terdahulu, anak sulung baginda, Charles akan menggantikannya sebagai raja.

Sebelum ini, keluarga diraja dikhabarkan sudah berkumpul di Scotland kerana tahap kesihatan Ratu dikatakan kurang stabil.

Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan tersebut dalam satu kenyataan rasmi seperti yang dilapor media-media di seluruh dunia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Izwan Azir Saleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI