Sepotong video yang dimuat naik pelakon, Raja Atiq yang memperlihatkan dirinya sedang terbaring di atas jalan nyata mengejutkan ramai pihak.

Ketika pada awalnya ramai yang menyangka insiden berkenaan merupakan salah satu babak di dalam drama, ternyata tekaan mereka meleset kerana Atiq sememangnya terlibat di dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi ketika menuju ke Bukit Fraser awal pagi tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ATIQ AZMAN (@therajaatiqullah)

Memetik laporan Kosmo Online, Atiq dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahagian bahu kirinya selepas terjatuh daripada motosikalnya sewaktu melalui kawasan selekoh berpasir.

Ketika kemalangan, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, bersama rakan artis penyanyi Tajul dan pelakon Afieq Shazwan berkonvoi motosikal berkuasa tinggi.

“Kemungkinan Tulang Bahu Patah Atau Terkeluar Soket,” – Terjatuh Di Selekoh Berpasir, Raja Atiq Kemalangan Lagi “Kemungkinan Tulang Bahu Patah Atau Terkeluar Soket,” – Terjatuh Di Selekoh Berpasir, Raja Atiq Kemalangan Lagi

“Saya sudah perlahankan motosikal kerana selekoh tajam, bagaimanapun jalan tersebut berpasir menyebabkan saya hilang kawalan dan terjatuh.

“Setakat ini saya belum melakukan ujian imbasan sinar-X (X-Ray) dan doktor memberitahu kemungkinan tulang bahu saya patah atau terkeluar dari soket.

IKLAN

“Selepas melakukan pemeriksaan lanjut barulah saya dapat tahu apa sebenarnya yang tercedera. Buat masa ini memang bahagian belah kiri badan rasa sakit sangat,” katanya seperti yang dipetik.

Pelakon drama Nur ini difahamkan telah menerima rawatan awal di Hospital Kuala Kubu Baru dan kini sedang dalam perjalanan untuk dipindahkan ke KPJ Ampang Puteri untuk rawatan lanjut.

“Kemungkinan Tulang Bahu Patah Atau Terkeluar Soket,” – Terjatuh Di Selekoh Berpasir, Raja Atiq Kemalangan Lagi “Kemungkinan Tulang Bahu Patah Atau Terkeluar Soket,” – Terjatuh Di Selekoh Berpasir, Raja Atiq Kemalangan Lagi

Katanya lagi, ini merupakan kemalangan kali kedua selepas yang pertama berlaku pada tahun lepas.

“Ini kali kedua saya alami kemalangan dengan motosikal berkuasa tinggi, kalau motosikal biasa memang sudah banyak kali tidak terkira.

IKLAN

“Doakan supaya tiada kecederaan serius untuk saya. Terima kasih buat semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut berharap agar Atiq tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Allahuakbar Atiq. Semoga tiada yang serious. Speedy recovery.

“Jatuh lagi? Allahu. Semoga cepat sembuh.

IKLAN

“Hati-hati adik. Semoga dipermudahkan.

“Allah sayang Atiq. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni. Get well soon.

“Berhati-hati di jalan raya. Semoga dilindungi Allah dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Kemungkinan Tulang Bahu Patah Atau Terkeluar Soket,” – Terjatuh Di Selekoh Berpasir, Raja Atiq Kemalangan Lagi

Sehingga kini video berkenaan telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Raja Atiq & Kosmo Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI