Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kehadiran barisan pelawak didalam dunia industri penyiaran radio sering kali mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Malah, ada juga yang menyifatkan golongan-golongan pelawak ini tidak sesuai untuk duduk di konti radio jika ingin dibandingkan dengan penyampai-penyampai radio professional.
Bagaimanapun, menurut pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu, dia lebih memilih untuk menerima segala kritikan tersebut daripada sudut pandang positif untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.
Bercakap di program Youtube, Begitu Bagini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar, Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin turut menyifatkan segala kritikan tersebut adalah teguran daripada yang Maha Esa untuk dia sentiasa beringat.
“Saya ni kalau bab beri komen memang nampak macam baik sahaja tapi itulah prinsip dan pegangan saya. Saya anggap teguran daripada orang tu adalah teguran daripada Allah. Jadi, kita kena perbaiki la.
“Kita jangan pula bila ada orang lain tegur kita ingat ‘Ala dia tak dapat dekat sini sebab itu dia berbunyi’ atau ‘Ala orang tu tiada dekat tempat kita sebab itu dia selalu bercakap. Sebenarnya dia nak tempat kita’.
“Nak buat apa cakap semua itu? Lebih baik kita berfikiran positif,” katanya ketika ditemubual.
Ads
Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut berpandangan sebagai manusia, kita tidak mempunyai daya untuk mempertikaikan segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.
“Kalau ada orang cakap pelawak tak sesuai tadi penyampai radio atau pengacara, sebenarnya kita seperti mempertikaikan ketentuan Allah SWT. Ini semua Allah dah tentukan.
“Contohnya kalau pemain bola kemudian dia jadi pengulas sukan, itu memang sudah menjadi jalan dia. Cuma cabangnya berbeza.
“Bila dalam industri seni ini dan terlibat dalam dunia komedi, dicabangkan pula untuk jadi penyampai radio. Saya anggap itu adalah ranting dari sebuah dahan dan pokok yang besar. Bila kita ditakdirkan ke ranting itu, terima sahaja dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, meskipun adakalanya dia menerima komen-komen yang agak menyakitkan, namun, Jep mendedahkan dia akan tetap menghormati segala pandangan yang telah dilontarkan.
“Bila ada yang tidak suka, itu adalah lumrah. Manusia ni memang susah kita nak puaskan hati mereka.
“Jadi, meski komen-komen mereka ini adakala menyakitkan dan mereka memilih untuk membenci, saya tetap memilih untuk menghormati. Biarkan jelah.
Ads
“Sebab saya ini hanya pembawa nama Jep je. Ada orang-orang yang lebih baik dan warak pun orang tak suka, inikan pula saya yang entah apa-apa itu. Jadi saya berlapang dada sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, program Begitu Begini DJ Nazz bersama Jep Sepahtu ini merupakan episod terakhir yang akan dikendalikan oleh DJ Nazz.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh DJ Nazz di bahagian akhir program berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Youtube Gegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Datuk AC Mizal ada mengimbau kembali foto kenangan bersama kumpulan 4U2C di akaun Instagram miliknya.
Menurut AC, kumpulan rap pertama di Malaysia itu memulakan karier seni nyanyian sekitar tahun 1991.
Di samping itu, AC ada menitipkan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kepada karier seninya.
“hehehehhe first rap group in Malaysia in 1991…tq semua still support saya until today 2020!this is my group @official_4u2c cuba teka ituuuuu motor siapa?,” tulisnya.
Persembahan meyakinkan daripada Aliff Aziz, Adibah Noor dan Bandi Amuk menerusi lagu hits masing-masing berjaya meletakkan mereka di tiga posisi teratas dalam kedudukan markah konsert pertama Gegar Vaganza ke-8 (GV8), malam tadi.
Aliff Aziz membawakan lagu Sayang-Sayang berjaya mengumpul 74.60 peratus sementara Terlalu Istimewa di tangan Adibah Noor pula memperolehi 73.00 peratus disusuli Bandi Amuk dengan 71 peratus.
Ketiga mereka mengatasi mata 10 peserta lainnya, ini dia senarai carta penuh markah penuh yang diperolehi;
Aliff Aziz – Sayang Sayang (74.60%)
Adibah Noor – Terlalu Istimewa (73%)
Bandi Amuk – Akar & Bumi (71%)
Nikki Palikat – Caramu (68.20)
Aweera – Romancinta (66.80%)
Suki Low – Terlalu Mencintaimu -( 66.2)
Saiful Apek & Yassin – Aspalela & Cari Tapak (59.9%)
Shidee – Semuanya Sudah Terlambat – (59.8%)
Upiak Isil – Tak Tun Tuang – (59.3%)
Ani Maiyuni – Sedap – (57.4%)
Azan Scan – Kau Dipaksa Aku Terpaksa – (54.7%)
Nico – Inilah Nasibku – (54%)
Datuk Fazley Yaakob – Asmara Ini – (53.60%)
Tiada penyingkiran untuk konsert minggu pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.
Kesemua persembahan diadili juri professional Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Ramli MS dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon veteren, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka akibat komplikasi pelbagai penyakit.Memetik laporan BH...