Keletah Anak Shukri Yahaya Mencuit Hati

Hari ini 24 Ogos merupakan hari jadi yang pertama buat anak kepada pelakon lelaki popular, Shukri Yahaya, Aaira Ameena.

Menerusi akaun Instagram Tya Adnan iaitu isteri kepada Shukri, Tya telah berkongsi video yang merakamkan detik manis di mana Shukri telah membuat ucapan hari jadi yang pertama buat anaknya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.

“Ayah doakan semoga Ameena menjadi anak yang solehah, dengar cakap, rajin, diberi kesihatan yang baik dan jadi good girl ayah selalu ok,” antara ucapan yang Shukri berikan kepada anaknya.

Jom tengok video macam mana Ameena angguk kepala masa ayah dia bagi ucapan.

IKLAN

Lucu sungguh melihatkan keletah Ameena ini. Rata-rata pengikut Tya di Instagramnya juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Ameena di ruangan komen.

fatin_fadzil: Hahahaha pndaiinye aaira..ayah pesan2 kt dia..pndai nye angguk kepala tu..tnda paham . Soo cutee..hppy birthday aaira syg..smoga mnjadi ank yg solehah k!

al1aburn_: Happy birthday si comel aira, semoga jadi anak yang solehah. Taat kepada ibu bapa

jaja_baharuddin: Happy birthday @aairaameena sayang..semoga menjadi ank solehah penyejuk mata dan hati mummy dan ayh…?❤️

IKLAN

farah_zsym88: selamat hari lahir little princess ameena..moga jadi anak yang solehah untuk mummy & daddy ye sayg…

Tahun lalu, Tya telah melahirkan Ameena tepat jam 12.22 tengah hari di salah sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur

Kami di MH Online juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat Ameena dan semoga menjadi anak yang solehah untuk ibu bapanya.

Sumber: Instagram Tya Adnan