Pelakon, Syafiq Kyle percaya setiap watak didalam filem Sheriff: Narko Integriti mempunyai kekuatan tersendiri meskipun ramai yang menyifatkan watak Nazri lebih menonjol berbanding yang lain.

Menurut Syafiq, watak Nazri mungkin dilihat lebih ke hadapan kerana dia merupakan tunjang utama kepada penceritaan filem ini.

“Kekuatan Filem Ini Pada Plot,” – Watak ‘Nazri’ Tenggelamkan Pelakon Utama Sheriff? Ini Respon Syafiq Kyle

“Mungkin sebab itu watak ‘Meth Killer’ dimatikan. Meth Killer memang tunjang utama filem ini. Kita nak bagitahu yang matlamat tidak menghalalkan cara.

“Saya hanya mengikut apa yang terkandung di dalam skrip. Setiap plot dalam filem ini ada sebab yang tersendiri.

“Kalau nak kata watak saya menenggelamkan watak utama, saya rasa watak Sheriff lagi besar kerana kisahnya lebih menyeluruh. Dia yang menyelesaikan segalanya.

“Filem ini digerakkan melalui kekuatan plot itu sendiri. Terpulang kepada penonton menilai,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pada masa sama, Syafiq akui teruja apabila dapar bergandingan dengan dua nama besar dalam industri filem tempatan iaitu Zul Ariffin dan Datuk Aaron Aziz.

“Kekuatan Filem Ini Pada Plot,” – Watak ‘Nazri’ Tenggelamkan Pelakon Utama Sheriff? Ini Respon Syafiq Kyle

“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat dapat digandingkan dengan Aaron dan Zul Ariffin buat pertama kalinya. Saya sebenarnya gemuruh nak berlakon dengan mereka.

“Saya baru ada dua hingga tiga filem sahaja tapi mereka lebih berpengalaman. Saya sangat senang bekerja dengan Zul dan kami ada banyak babak bersama.

IKLAN

“Kami tak banyak berlatih dialog sebaliknya ia berlaku secara bersahaja. Sama juga dengan Datuk Aaron,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, naib juara Hero Remaja 2012 akui lega kerana dapat mengatasi segala cabaran ketika menyempurnakan filem ini.

“Kekuatan Filem Ini Pada Plot,” – Watak ‘Nazri’ Tenggelamkan Pelakon Utama Sheriff? Ini Respon Syafiq Kyle

IKLAN

“Babak paling mencabar adalah ketika permulaan dan pengakhiran filem. Kita susah nak jalani penggambaran dalam hujan. Babak permulaan itu kita shoot tiga hari.

“Babak pertarungan dengan Aaron pula banyak bermain emosi. Babak tersebut juga mengambil masa selama tiga hari. Kami banyak tercampak dan kurang bertarung secara dekat.

“Kebanyakkan babak aksi saya buat sendiri tapi ada juga yang guna stuntman,” akhirinya.

“Kekuatan Filem Ini Pada Plot,” – Watak ‘Nazri’ Tenggelamkan Pelakon Utama Sheriff? Ini Respon Syafiq Kyle

Terdahulu, filem Sheriff: Narko Integriti telah mendapat sambutan luar biasa daripada penonton selepas meraih kutipan lebih RM16.3 juta selepas empat hari tayangan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI