Kejayaan pengacara dan usahawan popular, Neelofa banyak menjadi inspirasi buat semua peminat serta pengikut laman sosialnya.

Rata-ratanya kagum dengan cara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dalam membangunkan empayar perniagaannya sendiri.

Baru-baru ini menerusi sesi perkongsian IG Live bersama ibunya, Neelofa mendedahkan cerita restu ibu, Datin Noor Kartini Mohamed paling penting dalam kehidupannya malah dia sangat mengagumi ibunya yang dijadikan sebagai inspirasi untuknya berjaya dunia akhirat.

Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.”

Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.”

Menceritakan pengalamannya, Neelofa berkata dia pernah menghadiahkan ibunya sebuah sejadah berharga RM2,500 ketika pertama kali mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2012.

“Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi.

IKLAN

“Sejadah itu berharga RM2,500 dan sangat berat.

“Gigih nak bawa balik untuk mama, saya hand carry. Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2,500 rasa mahal sangat.

“Tapi saya fikir kalau bagi pada mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat pada saya (seloroh Neelofa). Sampai ke hari ini, mama masih guna… masih ada dalam bilik tidur,” katanya dalam perkongsian IG Live itu.

Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.”

Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.”

IKLAN

Berkongsikan lagi mengenai peribadi ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Neelofa berkata sepanjang dirinya membesar, ibunya langsung tidak pernah memukul anak-anak dalam mendidik mereka.

“Selama ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun.

“Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework dan tanya perkembangan sekolah,” kata Neelofa lagi.

Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.” Kejayaan Neelofa Berkat Restu Ibu, Pernah Hadiah Sejadah Mahal – “Sebab Masa Itu Saya Tak Ada Duit, RM2,500 Rasa Mahal Sangat.”

IKLAN

Memulakan kerjaya seni selepas memenangi gelaran Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa berjaya menempatkan dirinya sebaris pelakon dan pengacara popular lain.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021, Neelofa mengambil pendekatan memperlahankan kerjaya seni dan lebih menumpukan kepada perniagaan yang diusahakannya.

Hasil perkahwinan dengan PU Riz, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI