Pelakon Zul Ariffin lebih selesa tidak mencampuri urusan peribadi rakan seperjuangan, Ruhainies yang berdepan kontroversi dengan penyanyi, Aliff Aziz.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, sebagai orang luar, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan pandangan berhubung isu ini.

“Kejadian Itu Bukan Perkara Yang Seronok,” – Zul Ariffin Doa Yang Terbaik Buat Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa

“Saya tiada hubungi dia dan saya pun bukan orang yang layak untuk memberikan pendapat. Namun, kita anggap perkara ini sebagai satu ujian dan musibah.

“Saya yakin perkara ini mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro pada Rabu.

Katanya lagi, dia juga tidak mahu bercakap mengenai perkara yang melalaikan dan mahu memberikan sepenuh tumpuan beribadah di bulan Ramadan ini.

IKLAN

“Kejadian Itu Bukan Perkara Yang Seronok,” – Zul Ariffin Doa Yang Terbaik Buat Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa

“Saya tak nak meletakkan diri saya sebagai golongan yang membuang pahala di bulan Ramadan ini.

“Sejak permulaan Ramadan lalu, saya nampak ramai yang membuang-buang pahala. Saya tak nak sertai kumpulan itu.

“Saya pun tak tahu hal sebenarnya dan saya hanya tahu apa yang dilaporkan daripada pihak media sahaja,” katanya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Zul juga percaya yang Ruhainies juga memerlukan ruang dan masa bagi menyelesaikan kemelut ini.

“Kejadian Itu Bukan Perkara Yang Seronok,” – Zul Ariffin Doa Yang Terbaik Buat Ruhainies, Enggan Buang Pahala Puasa

“Saya pun tiada depan muka mereka dan saya juga tidak akan bertanya atau hubungi mereka walaupun sebagai teman baik.

“Mungkin mereka perlukan ruang dan masa untuk berfikir. Kejadian itu bukan perkara yang seronok.

IKLAN

“Biarlah saya tidak terlibat dan lihat dari jauh. Kita doakan sahaja yang terbaik. Lagipun, ini merupakan kisah peribadi orang lain.

“Kalau hal kerja itu, mungkin kita boleh komen sebab kita tahu apa yang berlaku. Saya takut nak bercakap hal orang lain. Lebih baik saya menjaga lidah saya,” akhirinya.

Pada 8 Mac lalu, Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) atas dakwaan khalwat.

Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil memohon maaf susulan insiden itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI