Magis filem sarat emosi, Imaginur berjaya diterjemahkan oleh penyanyi, Amir Jahari apabila lagu ciptaannya, Hasrat mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Amir memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Amir yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendedikasikan kemenangan ini buat seluruh peminat dan tenaga kerja bagi lagu hasrat.

“Terima ksih kepada isteri, mak, keluarga, bandmate dan pihak pengurusan. Ini untuk kita semua,” kata Amir sebak.

IKLAN

Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Malah, persembahan dengan gimik terbang turut menobatkan Aisha selaku pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000.

IKLAN

Manakala, lagu Jangan Mati Rasa Itu yang dinyanyikan oleh Aina Abdul di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.

Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep ‘tree of life’ ketika mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu turut membawa tuah buat Aina apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.

IKLAN

Malah, Aina juga turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori, Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekali gua meraih tambahan hadiah RM12,000.

Membawa tema Muzikaverse, AJL 38 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.

Antaranya Shila Amzah, Vanessa Reynauld, Sissy Iman, Datang Nurfaezah, Ella dan Datuk Zainal Abidin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI