Persembahan penyanyi Aisha Retno menerusi lagu Sutera di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mencuri perhatian apabila dia tampil dengan gimik ‘terbang’ di pertengahan lagu yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Kali pertama bertanding di acara muzik tahunan itu, persembahan Aisha turut mendapat ‘standing ovation’ penonton di stadium. Aisha yang mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama MFMF sebelum ini mengakui berhabis ratusan ribu bagi menjayakan persembahan terbaik malam ini. “Anggaran kos keseluruhan boleh dikatakan mencecah enam angka,” katanya yang turut diringi 22 penari. Mengakui 11 finalis lain mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri, Aisha menjelaskan tiga lagu baginya yang memberi saingan kepada lagu Sutera iaitu Kalam nyanyian Shiha Zikir, Santai (Naqiu) dan Kucuma (Wany Hasrita/Afieq Shazwan). “Ada tiga lagu yang memberi saingan seperti Kucuma, Kalam dan Santai. “Bagi kategori vokal pula, sudah tentulah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Malah penyanyi lain yang bertanding juga hebat,” katanya. Selain Aisha, AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul sekali lagi mara menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu. Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai finalis AJL 38. Sementara bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang. Lagu lain turut lolos ke AJL kali ini termasuk Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat). Turut bersaing, Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong). AJL 38 turut mempertaruhkan lagu duet, Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea Azizan).

IKLAN
IKLAN
IKLAN
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI