Kecoh Satu Lombok, Anak Bongsu Aliff Syukri Didapati Hilang!

Aduhai… kami yang dekat sana pun nervous bila anak  bongsu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Ibraheem Adham,4, dikhuatiri hilang apabila sedang melakukan aktiviti riadah di Gili Trawangan, Lombok, Indonesia.

Kejadian tersebut disedari Aliff,32, sejurus selesai bermain sukaneka bersama rombongan staf d’Herbs Terlajak Laris dan ahli stokis terpilih.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu mengakui tidak boleh sembunyikan rasa takut kerana bimbang akan keselamatan anak bongsunya itu tidak berjaya ditemui.

IKLAN

“Percutian ke Lombok selama empat hari tiga malam ini adalah untuk meraikan kakitangan dan stokis terpilih dan buat pertama kalinya, kami turut menjemput rakan media untuk sama-sama berkongsi kegembiraan trip percutian ini.

 

“Bagaimanapun, saya tak sangka berlaku pula kejadian yang tidak diingini seperti ini,”katanya kepada MH yang turut sama menyertai rombongan ke sana baru-baru ini.

Alif menjelaskan, aktiviti sukaneka itu hanya diikuti orang dewasa sementara kanak-kanak pula dibiarkan bermain sekitar lokasi dengan diawasi pengasuh.

“Tak sangka pula Baem (nama timangan buat Ibraheem) tiba-tiba hilang dari pengawasan pengasuh yang turut sama ralit menyaksikan aktiviti sukaneka tersebut.

Jadi sebaik menyedarinya, saya dan isteri mulalah panik dan sedaya upaya meminta pertolongan semua, termasuk penduduk tempatan untuk mencari Baem,”jelasnya lagi.

Lebih 10 minit misi mencari, akhirnya Ibraheem berjaya ditemui seorang penduduk tempatan.

IKLAN

Sementara itu, isterinya, Norshahida yang kini hamil enam bulan turut memanjat rasa syukur anaknya itu berjaya ditemui dengan selamat.

Dalam perkembangan lain, insiden kehilangan anaknya itu juga bakal dipaparkan menerusi program realiti, Oh Abang Kosmetik musim kedua yang bakal bersiaran menerusi Astro Ria dan Ria HD, Mac depan.