Semalam, Ikon Fesyen, Wak Doyok mengumumkan bahawa ‘pembantu peribadinya (PA)’, sudah tidak lagi berkhidmat untuknya.

Dia mengumumkan berita itu menerusi entri di Instagram serta memuat naik fotonya bersama PAnya itu.

“Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pembantu peribadi saya atau bahasa orang putih nya (PA) ini tidak lagi berkhidmat untuk saya.

“Jadi apa-apa urusan boleh hubunggi terus di email ini wakdoyok8055@gmail.com terima kasih #Jujur #Amanah #TamatPerkhidmatan #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa,” tulisnya.

Bagaimanapun, MH difahamkan bahawa PAnya, Asyraf Mazlan sebenarnya merupakan pemegang saham terbesar dalam perniagaan dan jenama produk Wak Doyok.

IKLAN

Menjengah ke Instagram milik Asyraff, dia juga ada memberikan penjelasan mengenai status sebenarnya di samping ‘sahabatnya’ itu.

“Salam. Ramai yg DM dan ada bertanya tentang statement ‘sahabat’ saya ni. Boleh cek di SSM info syarikat kami dan saya sebagai Lembaga Pengarah.

“Legasi Jambang Sdn Bhd. (semua produk Wak Doyok), Datuk Seri Aliff Syukri 40%, Asyraf Mazlan 30%, Mohd Azwan 30%.

“Empire AMWD Sdn Bhd. (Pemegang trademark Wak Doyok), Asyraf Mazlan 51%, Mohd Azwan 49%. Terima kasih semua. Done belayar ke hati awak. Lepas ni nak belayar hati wanita mana pula ye?” tulisnya.

IKLAN

Kecoh! Bila Wak Doyok Kata ‘PA’ Dah Tak Bekerja Untuknya Lagi Tapi…

Kecoh! Bila Wak Doyok Kata ‘PA’ Dah Tak Bekerja Untuknya Lagi Tapi…

IKLAN

Oh my! kedua-dua belah pihak saling menegakkan pendapat masing-masing. Apa-apapun, MH harap isu ini dapat diselesaikan secara aman.

Kecoh! Bila Wak Doyok Kata ‘PA’ Dah Tak Bekerja Untuknya Lagi Tapi…

Foto: Instagram Wak Doyok & Asyraf Mazlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI