Meskipun baru dibenarkan keluar daripada hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kiri dan tulang pipi, aktres jelita Fasha Sandha tetap dilihat hadir di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Fasha yang tampil berkaca mata hitam ketika ditemui berkata, dia tetap hadir ke acara tersebut atas dasar tanggungjawabnya kepada pihak produksi.

Jelasnya lagi, dia kini harus menunggu waktu yang sesuai untuk menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, mata kiri saya belum sembuh sepenuhnya tapi saya tetap hadir atas tanggungjawab saya kepada pihak produksi. Sejujurnya saya belum sihat sangat tapi saya datang kerana komitmen.

“Masih ada rawatan susulu yang harus saya jalani. Kemungkinan saya perlu jalani pembedahan. Dari segi luaran bengkak itu dah nampak susut tapi dalaman ada yang patah dan darah beku

IKLAN

“Saya tengah tunggu waktu yang sesuai untuk pembedahan. Sebelum ini saya tak boleh jalani pembedahan kerana perlu menunggu bengkak surut,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aidil Aziz mendedahkan keadaan matanya sangat tidak selesa.

IKLAN

Malah, Fasha turut berkongsi foto imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) kepada pihak media.

“Keadaan mata saya sangat tak selesa ketika ini. Saya masih boleh nampak tapi tak berapa jelas. Bila kita sakit mata dia ada memberi kesan sehingga sakit kepala.

IKLAN

“Saya harus mendapat keizinan daripada pihak doktor dahulu sama ada boleh teruskan penggambaran atau tidak,” ulasnya lagi

Fasha hadir ke acara TADS2023 ditemani adiknya, pelakon, Elisha Sandha.

Terdahulu, Fasha terbabit dalam kemalangan di set penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan arahan pengarah Along Kamaluddin, sekaligus cedera di bahagian pipi dan mata kirinya.

Fasha tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik menerusi drama Khilaf Asmara di TADS2023.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI