Di zaman yang serba moden ini nampaknya netizen semakin berani mengeluarkan kritikan pedas terhadap selebriti di media sosial.

Pelakon dan pengarah popular, Sheila Rusly menerusi akaun Instagramnya berkongsi dengan semua bahawa ada netizen yang menghantar ‘direct message’ atau DM di Instagram kepadanya dengan mengkritik cara pemakaiannya.

“Nitizen DM sis “Kau tu dah tua!Tak payah sibuk nak style sangat!!”cantik betul bahasa dia??Ha ha ha aku ketawaaaaaa?kenapa manusia perlu ada perasaan benci pada manusia lain sedangkan manusia tu tak kacau hidup LU pun!! Jom kita ketuk @akueatu kat Giant Bukit Tinggi Klang lahhh?Life is short tak payah cari salah orang jer lol?,” tulis Sheila berkongsi mesej yang diterimanya daripada netizen.

Namun begitu ramai peminat setia Sheila yang mempertahankan artis kesayangan mereka ini dan meminta Sheila agar bersabar dengan segelintir netizen yang mengkritik dan mengecamnya.

IKLAN

noi_nadya: Eeii dia dengki tu sis makin gojes… busuk yer la hati dia kn.. x sngka ade juga manusia mcm tu….

amiee_nur: Abaikan jer sis….fesyen x mgenal usia …

IKLAN

nurirfiney92: Sebab dia tak stylo mcm sis. Abaikan ja… Biar dia kena ketuk ketuk malaikat nanti sebab perasaan dengki tinggi.

IKLAN

Bagi MH, umur bukan penghalang untuk seseorang itu berfesyen. Betul kata Sheila ‘life is short’ jadi tak payah cari salah orang lain.

Kadang-kadang netizen di luar sana tu kena cermin diri dulu, takut diri sendiri lebih teruk dari orang yang dikecam.

Sumber: Instagram Sheila Rusly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI