Mahu hargai isteri, Datuk Seri Aliff Syukri telah menghadiahkan sebuah rumah baru buat Datin Seri Nur Shahida.

Bagaimanapun, menurut Alif, dia tidak dapat membuat kejutan buat seterusnya untuk sama-sama melihat kediaman yang baru dibeli kerana perlu menjalani kuarantin di rumah berikutan adiknya yang telah disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

“Lawa tak? Suprise utk wife yg tak kesampaian. Sedih sangat sepatutnya saya melihat rumah yang saya nak hadiah kan ini dengan @shahidadherbs tetapi sebab adik dia @shaiful_rashid kena positif covid-19, dia x leh keluar dr rumah atas arahan kkm,” tulisnya pada ruangan IG TV.

Mengakui perlu bijak dalam berbelanja, pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi dan pelakon ini turut menambah, rumah tersebut dihadiahkan buat isteri sebagai satu penghargaan istimewa.

“Nak senang untuk berjaya kita kene bijak berbelanja jangan terlalu hayal dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah.

IKLAN

“Bagi saya propety adalah aset yang tak pernah jatuh harga sebab itu saya menghadiakan untuk isteri saya. Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penhargaan saya dengan dia. Semoga dia gembira.

“Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama.. tag suami korang hadiahkan rumah lagi untung,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sementara itu, video yang dikongsi antara turut turut membawa penonton melihat sekitar kediaman yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor itu.

“Kau rasa? Ini untuk isteri saya, jadi saya harap isteri saya suka. Sepatutnya dia ada tapi hari ni dia sibuk.

“Hari ni kita nak tengok rumah untuk isteri saya. Kalau korang tengokkan, dia punya laluan memang cantik, tenang saja. Syukur alhamdulillah, saya sudah beli rumah ini sebanyak tujuh unit.

IKLAN

“Semoga isteri saya suka, amin,” katanya menerusi video berdurasi lebih dua minit itu.

Lalu, entri tersebut turut dihujani pelbagai komen dan masing-masing tumpang gembira dengan kejutan yang dibuat untuk yang tersayang.

Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan asangan ini dikurniakan lima cahaya mata serta turut menjaga seorang anak angkat.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI