Pengacara popular, Nana Mahazan mengakui, dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berlakon kerana sedar diri.
Katanya kepada MH, janji yang dibuat itu sudah dipegangnya lebih 11 tahun.
“Saya pernahlah dulu berlakon watak-watak kecil. Saya pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berlakon lagi
“Saya pegang janji itu lebih 11 atau 12 tahun lebih kurang, lama. Bukan merajuk, tapi sebab ‘kau kayu ya’ dan kau sedar diri,” kongsinya secara seloroh.
Ads
Bagaimanapun pengacara program Mentor 7 ini mengakui masih ada menerima tawaran untuk berlakon drama, beberapa tahun lalu. Cumanya dia sukar untuk menjadi orang lain selain menjadi diri sendiri.
“Adalah beberapa tahun lalu ada tawaran berlakon drama, tapi saya beritahu diri sendiri, ‘tak mahulah dan tak nak bodohkan diri sendiri’ sebab saya tak boleh nak jadi orang lain selain diri sendiri.
“Tapi saya baru dapat pelawaan satu tawaran daripada Darling Ngasri, penggambaran dalam Januari depan.
Ads
“Cuma masih lagi belum buat keputusan, masih dalam perbincangan. InsyaAllah kalau tahun ini saya mahu cabar diri, tengoklah tahun depan macam mana, kalau keluar rumah saya kena pastikan dia berbaloi,” kongsi hos program Pesona Pengantin ini lagi.
Ditanya sama ada suami turut memberi kebebasan buatnya dalam mengembangkan kerjaya, ibu kepada dua anak ini menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai yang memahami.
Ads
“Dia seorang yang sangat menyokong sejak hari pertama lagi kami kenal. Bahkan dia jugalah yang jadi ‘pengkritik tetap’, tegur sama apa yang boleh diperbaiki,” jelas Nana.
Terdahulu, bekas pelajar Akdemi Fantasia musim pertama ini pernah terlibat menerusi filem Gengster dan Maut.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui tempoh masa lapan tahun berada dalam industri banyak memberikan pengajaran buatnya.
Katanya, jika dahulu dia mempunyai pendekatan berbeza apabila berdepan dengan masalah, kini penyanyi lagu Misteri itu lebih matang dan bijak mengangani sesuatu.
“Pada Ernie tempoh yang lama dalam industri membuatkan saya lebih kuat. Kalau dulu saya akan masuk dalam bilik menangis, tapi sekarang mungkin akan menangis tapi sekejap lepas tu keluar dan hadapinya.
“Ernie lebih mengamalkan konsep ‘get out and move on’ dan ambil sesuatu itu dari sudut positif. Tak semuanya indah dalam industri ini dan untuk survive kena bijak dari segi strategi dan ‘direction’,” katanya kepada MH.
Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Ku Bersuara di Pintu, Old Malaya, pada Rabu.
Tambahnya lagi, oleh kerana dia kini lebih tegas dalam menentukan hala tujunya sebagai seorang penyanyi, ada pula yang menganggap dia kini bersikap diva.
“Sebenarnya, saya baru sahaja mendapat keyakinan untuk berkata tidak, bukan nak kata diva tapi cuma timbul keberanian sebab saya baru nampak jalan untuk saya terus berada dalam industri ini.
“Pada saya, ada caranya untuk berkata tidak, bila saya ingin menolak sesuatu perkara itu, saya kan cakap baik-baik supaya orang akan rasa selesa.
“Bukannya saya kata ‘no’ terus, kalau itu iyalah diva cuma saya akan bagitahu dengan baik apa pendapat saya. Dah berani bersuara bukanlah bermaksud diva cuma mempertahankan apa yang saya suka,” katanya lagi.
Ku Bersuara menemui peminat pada 7 Disember lalu manakala MVnya baru dilancarkan hari ini jam 5 petang. Turut kelihatan dalam MV tersebut adalah pelakon, Que Haidar.
Lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.
Foto/Instagram: Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang Insta, Nasrul Faiz Abu Azal, 29, atau lebih dikenali dengan nama Faiz Dickie menerusi posting terkininya di Instagram ada memberitahu, dia kini sudah ‘kehilangan’ lebih 50,000 pengikut menerusi aplikasi perkongsian foto itu.
Kongsinya, ada juga yang bertanya mengapa bilangan pengikutnya di Instagram kian berkurangan. Faiz bagaimanapun memberi penjelasannya dengan cukup relak dan profesional.
“Kalau nak cakap abang tak sentap, sedih, meroyan bila tengok #villagepeople makin menurun daripada 652k ke 600k tu tipulah. Ofkos abang terasa.
“52k unfollow oi!Tapi abang rasa, daripada dok fikir about these people yang unfollow abang, better abang channel-kan my energy & attention to the other 600k yang STILL follow IG @faizdickievp ni! Betul tak? Haha
“Actually banyak je DM cenggini yang abang dapat. Yang plain menganjing and yang sincerely bertanya ‘abang, kenapa followers makin kurang?’. My answer? Ntahlah, dorang dah taknak follow abang lah kot. Simple as that. Haha,” tulis Faiz.
Pada masa sama, dia juga mengakui sudah rasa penat kerana lebih enam tahun memikirkan idea kreatif bagi menghiburkan para pengikutnya.
“Penat wei! 6 tahun dok fikir nak entertain orang, dok pikir cane nak tambah followers, cane nak kekal relevan and of cos, nak bersaing ngan instafemes-instafemes baru yang lagi funny, kreatif, hensem, etc.
“Penat oiiii especially now umur abang pun dah 3 series (nak terkinja lebih-lebih sangat dah tak sesuai), komitmen pun makin banyak, hence lack of video Kak Leha, Banon, Siti Onani etc semua tu. Haha,” katanya.
Namun, bintang berusia 30 tahun itu tetap mengucapkan terima kasih buat pengikut yang masih setia mengikut perkembangan.
“Tapi tak pelah. I am going to keep moving forward but this time, abang akan post apa je yang abang nak post. Share apa yang abang nak share (takde benda best nak post, takyah post pape! Haha).
“If by being MYSELF and doing things that make me HAPPY menyebabkan followers makin kurang, there’s nothing else that i can do.
“To all #Villagepeople yang still follow abang, yang still support abang, yang among these 600k (yang i can proudly say, real followers and bukan followers beli lol), THANK YOU SO MUCH. Haha.
“P/S: Maaplah ter-rant panjang plak. Penat-penat berjalan, sampai hotel bukak IG terbaca plak DM syaitun gini. Haha,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Faiz dikenali sebagai antara bintang insta angkatan awal yang terlebih dulu memulakan pelbagai video bersama watak serta kapsyen kreatif menerusi Instagram.
Foto: Instagram Faiz Dickie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Desas-desus mengenai hubungan cinta yang baru terjalin di antara pelakon Aiman Hakim Ridza bersama aktres cantik, Zahirah MacWilson bagaikan sahih apabila awal hari ini, pelakon wanita berkenaan pula memuat naik gambar mereka berdua.
Zahirah membuat posting berkenaan menerusi Instagram miliknya, iaitu foto sama yang dimuat naik Aiman semalam.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, pelakon J Revolusi itu menulis ayat yang bagaikan sudah memberi bayangan wujudnya ikatan cinta di antara mereka.
“Now until forever, InsyaAllah,” tulis Zahirah sambil di susuli dengan tanda palang #ZahirAH.
Sehingga kini, kedua-duanya belum memberikan jawapan konkrit mengenai hubungan di antara mereka.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen menyambut baik hubungan di antara dua bintang berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang turut memberikan dedikasi sama.
Sebelum ini menerusi BH Online ada melaporkan Zahirah dikatakan terpaut hati dengan Aiman bermula di laman sosial.
Menurut sumber itu lagi, bintang cantik itu juga menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan kepada aktor berkenaan.
Foto: Instagram Aiman/Zahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.