Penerbit dan penulis skrip, Erma Fatima menyifatkan drama Lelaki Itu mempunyai mesej yang lebih besar dan bukan hanya sekadar kisah cinta klise yang sering dimainkan di kaca tv.

Menurut Erma, penonton saat ini memerlukan sebuah karya yang mampu membuka minda mereka dan memberikan perspektif baharu tentang kehidupan.

“Kau Akan Sakit Hadap Situasi Ini,” – Bukan Sekadar Kisah Penyondol Suci, Erma Fatima Tegas ‘Lelaki Itu’ Bawa Mesej Lebih Besar

“Aku tak berminat untuk bercerita hanya tentang penyondol suci. Tidak juga tentang keganasan rumah tangga atau tanggungjawab sang manusia semata mata.

“Tidak juga tentang cinta kerana aku yakin semua manusia percaya pada cinta suci. Kita semua sanggup lakukan apa saja kerana cinta.

“Sebab tulah wujudnya Laila Majnun. Uda dan dara. Aku sendiri pernah menjadi buta kerana cinta. Tu biasa,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Erma menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, setiap watak di dalam drama Lelaki Itu mempunyai peranan yang sangat penting sekali gus menyentuh permasalahan yang kerap berlaku di dalam masyarakat kita saat ini.

“Kau Akan Sakit Hadap Situasi Ini,” – Bukan Sekadar Kisah Penyondol Suci, Erma Fatima Tegas ‘Lelaki Itu’ Bawa Mesej Lebih Besar

IKLAN

“Aku juga tidak mahu mengambil kerja Tuhan. Hukum dan melaknat watak-watak ciptaan aku. Mereka semua adalah warna karya aku dan warna kehidupan kita semua.

“Siapa diantara kalian yang pernah menjadi Qaida, Imani, Sarina, Batrisha, Khairullah dan Syed Mirza? Pasti ada! Aku sangat yakin! Cuma, beranikah kita melihat diri kita dan siapa kita?

“Mampukah kalian mengakui yang kalian juga pernah menjadi manusia yang tamak harta dunia, mementingkan diri sendiri, tak bertanggungjawab, buta kerana cinta dan tak kenal tuhan,” katanya lagi.

“Kau Akan Sakit Hadap Situasi Ini,” – Bukan Sekadar Kisah Penyondol Suci, Erma Fatima Tegas ‘Lelaki Itu’ Bawa Mesej Lebih Besar

Dalam pada itu, Erma turut mendedahkan drama Lelaki Itu juga turut menyentuh isu kesihatan mental yang jarang diperjatakan dan masih dianggap isu remeh bagi segelintir pihak.

IKLAN

“Aku hanya seorang penulis skrip yang berusaha menghadam liku-liku kehidupan bangsa aku. Kerana itu semua adalah manusia.

“Tak kira sama ada kau kenal Tuhan atau tidak, kau akan sakit menghadapi situasi ini. Bagaimana kau menghadapi dugaan Allah? Di situ akan terserlah tahao iman kau.

“Depressi inilah penyakit yang melanda kita tanpa kita sedar. Mental illness tak nampak. Tak sakit di luar tapi sakitnya di dalam. Apakah ubatnya? Kembalilah pada Tuhan,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Lelaki Itu merupakan sebuah drama yang berkualiti dan mementingkan mesej kepada penonton.

“Cantik cerita ini sebab mengeluarkan cerita-cerita masyarakat yang memang berlaku tapi didiamkan. Hebatnya Erma sebab bawa pelakon-pelakon hebat yang melakonkan watak sehingga meresap ke jiwa penonton.

IKLAN

“Karya yang hebat. Tak semua orang berani nak ketengahkan isu masyarakat macam ni. Banyak produser lebih memilih cerita untuk kejar rating. Isu masyarakat ini buatkan semua orang belajar tentang hukum, undang-undang dan tanggungjawab lelaki.

“Terima kasih kerana mencipta watak-watak ini dan mengolahnya. Kami sangat hargainya.

“Dah lama tak layan drama sebenarnya tapi drama ini berjaya buat saya tonton dan layan. Suka jalan cerita yang dimasukkan,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, drama Lelaki Itu sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3.

Drama ini membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah, Nur Fazura dan Nabila Huda.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI