Meski pelbagai langkah proaktif telah dijalankan badan berkaitan mengenai bahaya asap rokok, tetapi malangnya, masih ramai perokok tegar yang tanpa segan menyalakan api rokok dan menghembus asap rokok sesuka hati tanpa memikirkan kesan susulan.

Malah, fakta juga telah menunjukkan selain memudaratkan diri sendiri, golongan wanita dan kanak-kanak antara yang paling ramai terdedah kepada penyakit bahaya kesan daripada pencemaran asap rokok. 

Memetik laporan Berita Harian, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Berhenti Merokok Tanglin, Dr Takdir Singh, memaklumkan walaupun kedua-dua golongan ini bukan perokok, namun golongan ini terdedah kepada asap rokok terutama daripada perokok dalam kalangan ahli keluarga. 

Malah, mereka juga boleh ‘menerima’ nikotin dan bahan kimia bertoksik dengan cara sama seperti perokok. Disebabkan perbuatan tersebut, orang lain pula yang menerima kesannya. 

“Perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok, tetapi menghidu asap rokok orang lain mendapat musibah hingga menjejaskan kesihatan. 

 “Bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga, lelah, jangkitan paru-paru dan bagi wanita pula boleh melemahkan kandungan,” katanya seperti yang dipetik. 

Bukan setakat itu, asap rokok juga mampu mendatangkan kesan buruk pada alam sekitar. Berdasarkan maklumat diperoleh Philip Morris International (PMI), kajian yang dijalankan oleh Ketua Penglibatan Saintifik di Amerika Latin dan Kanada, Dr. Andrea Constantini menunjukkan rokok yang dibakar menyala pada suhu tinggi sehingga 800 darjah celcius. 

IKLAN

Proses pembakaran membabitkan penggunaan oksigen dan tembakau itu menyebabkan asap rokok yang mengandungi bahan toksik dibebaskan. 

Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bentley, pula berkata asap rokok yang dibebaskan daripada proses pembakaran tembakau mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia.  

“Lebih daripada 100 telah diklasifikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok.” 

“Justeru, jika ada produk alternatif merokok yang tidak melibatkan sebarang proses pembakaran seperti itu, maka risiko penyakit disebabkan asap rokok secara tidak langsung dapat dikurangkan,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian. 

IKLAN

Bagaimanapun, tidak dinafikan bukan mudah membuang ketagihan merokok, apatah lagi mahu berhenti dan membuang terus tabiat itu meskipun tahu kesan buruk bakal ditanggung. 

Menerusi sebuah lagi artikel terbitan Berita Harian, Pengurus Perkhidmatan Berhenti Merokok Northamptonshire, Richard Holley menjelaskan pertubuhannya menjadikan penggunaan vape sebagai kaedah penting dalam strategi pengurangan kemudaratan tembakau. 

Vape mampu membantu perokok tegar menghentikan tabiat menghisap rokok dengan menghilangkan rasa ketagihan kepada rokok itu 

Namun, kita patut sedar bahawa apa jua bahan jika diambil berlebihan akan memudaratkan, sama seperti gula, garam dan minyak masak. Kajian jelas menunjukkan alternatif bebas asap rokok seperti vape dan produk tembakau yang dipanaskan adalah kurang berbahaya dan ia satu cara pengurangan kemudaratan tembakau. 

IKLAN

Menurut wartawan sosial media Sinar Harian, Arif Basuri, membuang tabiat merokok khususnya dalam kalangan perokok tegar tidak semudah menekan suis. Kita memerlukan satu cara paling realistik dan produk yang boleh memainkan peranan penting. Lantaran itu, kaedah seperti ini tidak seharusnya disekat sebaliknya dikawalselia dengan lebih baik. 

Sementara itu, wartawan media sosial Majalah Remaja pula akui dia agak terganggu dengan penyebaran asap rokok ditempat awam. 

“Kadang-kala mereka ini tidak mengendahkan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau nak tegur secara terus pun, sampai bila? Kita pun letih. Bagaimanapun, sekiranya langkah-langkah alternatif ini boleh membantu mereka untuk berhenti mengambil rokok, apa salahnya kita cuba. Pakar-pakar pun sudah banyak menerangkan mengenai perkara ini,” katanya.

Kesimpulannya, penyakit berkaitan gejala merokok sebenarnya bukanlah disebabkan nikotin atau tembakau, tetapi ia berpunca daripada asap rokok itu sendiri.  

Memandangkan produk alternatif seperti produk tembakau dipanaskan atau vape dikatakan mempunyai tahap risiko yang berbeza atau kurang mudarat berbanding rokok, maka alternatif-alternatif bebas asap rokok ini wajar diberi kawal selia secara berasingan supaya ia boleh membantu lebih banyak perokok untuk mengurangkan kemudaratan tembakau.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI