Semalam, sebuah akhbar tempatan telah memuat naik gambar pelakon, Fasha Sandha di laman Instagram mereka.

Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima kritikan daripada segelintir pihak yang kurang senang melihat Fasha membawa imej bertudung tetapi mengenakan seluar ketat.

Lantaran itu, pelakon tersebut telah terpanggil untuk memberi komennya mengenai isu berkenaan.

“Karekter Memang Disuruh Pakai Macam Tu,” – Fasha Sandha Dipuji Pula Selepas Dikritik Pakai Seluar Sendat, Kongsi Rahsia 16 Tahun Sukses Dalam Industri

“Karekter memang disuruh pakai fesyen macam tu,” tulisnya.

Melihat responnya itu, para netizen telah memuji Fasha kerana sanggup meluangkan masa berinteraksi bersama peminat.

IKLAN

“Karekter Memang Disuruh Pakai Macam Tu,” – Fasha Sandha Dipuji Pula Selepas Dikritik Pakai Seluar Sendat, Kongsi Rahsia 16 Tahun Sukses Dalam Industri

Malah, Fasha turut menjelaskan kepada individu berkenaan tentang peranan wataknya bagi drama tersebut.

“Watak yang saya bawakan adalah seorang yang konon-konon alim, tapi sebenarnya anak derhaka. Itu karekternya,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Fasha turut mendedahkan disiplin adalah kunci kejayaannya 16 tahun bergelar anak seni.

View this post on Instagram

Ramai tanya, 16 years in the industry, kenapa saya masih ada, masih berlakon. Masih pegang watak utama, … Hmmmmm Syukur Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi Sekadar berkongsi… Apa rahsia untuk kekal? Senang.., Disiplin dan komitmen no 1 kena jaga… jadi diri sendiri, cakap depan2 jangan cakap belakang2. Ada apa2 tak puas hati, cakap baik2 dan tegur, kalau orang tu boleh terima, terima , kalau tak boleh… apa kita boleh buat. Asalkan apa yang kita buat tu betul. Kita jujur dan tak dapat DOSA mengata di belakang. Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita dan kita tak boleh paksa orang suka kita. Kalau nak mengata belakang i, i tak kisah, dipersilakan.. kata la berbakul2 pun… i akan masih disini selagi i kuat bekerja. ❤️ #justsharing #semuasalahku #slotlestarytv3

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Ramai tanya, 16 years in the industry, kenapa saya masih ada, masih berlakon. Masih pegang watak utama, Hmmmmm Syukur Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi Sekadar berkongsi. Apa rahsia untuk kekal? Senang.

IKLAN

“Disiplin dan komitmen no 1 kena jaga jadi diri sendiri, cakap depan-depan jangan cakap belakang2. Ada apa2 tak puas hati, cakap baik2 dan tegur, kalau orang tu boleh terima, terima , kalau tak boleh… apa kita boleh buat. Asalkan apa yang kita buat tu betul. Kita jujur dan tak dapat DOSA mengata di belakang. 

“Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita dan kita tak boleh paksa orang suka kita. Kalau nak mengata belakang i, i tak kisah, dipersilakan.. kata la berbakul2 pun… i akan masih disini selagi i kuat bekerja,” katanya.

Wow, kagum betul MH dengan disiplin Fasha ini! Patutlah sampai sekarang ‘maintain’ je Fasha digelar antara pelakon wanita yang hebat di Malaysia ni.

Foto: Instagram Fasha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI