Merupakan tahun kedua menyertai misi kemanusiaan kali ini, penyanyi Aizat Amdan berkongsi secebis kisah duka yang masih kuat terpahat dalam ingatan.
Katanya kepada MH, pelarian kanak-kanak Syria seolah-olah hilang harapan apabila setiap hari melihat ada ahli keluarga dan teman-teman mati akibat kekejaman pihak tertentu.
Lebih memilukan, sewaktu diberikan kertas lukisan untuk ekspresikan perasaan mereka ketika itu, kebanyakan mereka hanya melukis kereta kebal, bom dan orang mati dipenggal.
“Mereka hidup seperti tiada arah tuju. Tidak pergi sekolah, tiada pekerjaan yang boleh membiayai keluarga. Jadi mereka hanya mengharap bantuan.
“Jadi kita di sana, bukan hanya nak beri harapan, tapi kita cuba beri sedikit pendedahan mengenai pendidikan. Bagi saya, mangsa perang ini akan hadapi trauma.
Ads
“Bayangkan kalau hospital ini tiba-tiba di bom. Anak-anak dan kawan kita mati di depan mata. Mereka hidup dalam keadaan itu, trauma, sakit hati.
“Lalu program Cinta Syria Malaysia cuba untuk kembalikan moral, daripada teruk sampai okay dengan mengadakan sekolah.
“Kanak-kanak diberi kertas lukisan dan mereka diberi peluang melukis apa sahaja di atas kertas dan kebanyakan akan lukis kereta kebal, bom dan kepala orang dipenggal,” jelas Aizat.
Ads
Bahkan, situasi itu dilihat berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara ini.
“Sedangkan masa kita dahulu, kita lukis matahari, rumah, sungai. Mereka di sana trauma namun dengan adanya pendidikan, corak pemikiran mula berubah. Mereka sudah mula ada harapan.
Ads
“Bulan Ramadan adalah yang terbaik untuk kita bantu mereka,” terang Aizat yang akan berlepas ke Turki dan Lubnan pada 19 hingga 31 Mei depan menyertai misi tersebut.
Siapa sangka Niena Baharun yang sentiasa tampil dengan wajah bersih dan cantik pernah menghadapi masalah jerawat yang teruk suatu ketika dulu.
Kongsinya, hal tersebut berlaku selepas dia menjalani penggambaran di Kelantan.
Lalu wajahnya tiba-tiba mengalami masalah jerawat yang kritikal akibat solekan tebal dan cuaca yang panas.
“Setelah berbulan lamanya selepas bersalin, baru ada kesempatan datang ke sini.
“1st pic with Dr. Jamil, yang banyak membantu dan merawat kulit muka Niena sampai elok. Selalunya Dr akan suggest treatment apa yang sesuai dengan masalah kulit kita, then maintain dengan skincare yang Dr bagi.
“Swipe left for 2nd pic
2years ago, masa ni kulit Niena tengah bermasalah. Start naik lepas abis shoot drama dekat KB, tiber tiber je naik jerawat yang mendadak.
“Tak pernah seumur hidup naik jerawat yang nauzubillah. Tapi pikir positif mungkin sebab faktor cuaca dekat KB terlalu panas dengan pakai mekap tebal masa shooting.
“Sejujurnya, first sekali Niena pergi jumpa dengan Dr. Ko dan dah buat treatment dekat situ 2,3 kali, tapi tak berkesan. Lepas tu baru jumpa dengan Dr. Jamil. Alhamdulillah. Settle semuaaaa! Anyway, thank you Dr Jamil & @pesonaclinic_aesthetic,” kongsinya.
Menerusi majalah Mingguan Wanita edisi Mei Volume 1, pelakon dan hos senior, Raja Azura ada berkongsi mengenai situasinya sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.
Katanya seperti yang dipetik, sama seperti para ibu lainnya, dia akan memasak serta menyediakan juadah untuk berbuka.
“Pada bulan Ramadan saya akan masak. Walaupun rumah saya terletak berhampiran bazar Ramadan, saya tidak akan beli makanan di sana. Biasanya ketika berbuka puasa kami tidak makan nasi.
“Saya akan masak apa sahaja makanan yang anak suka. Saya hanya masak makanan berat ketika waktu sahur. Cuma pada tahun ini, rumah saya agak sunyi sedikit kerana anak-anak tinggal di asrama.
“Ketika Ramadan, saya dan keluarga akan buat aktiviti yang akan mengeratkan aktiviti keluarga. Biasanya saya akan tengok dahulu jadual persekolahan anak-anak. Bila waktu cuti barulah aktiviti ini akan diadakan,” kata pemilik nama lengkap YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini lagi.
Bagaimanapun memandangkan anak-anaknya tinggal di asrama, mereka sekeluarga hanya akan dapat melakukan terawih bersama-sama andai setiap anggota keluarga ada di rumah.
“Apabila semua ada di rumah, kami akan solat terawih bersama-sama. Emak dan keluarga abang saya juga akan turut sama melakukan solat terawih tersebut.
“Aktiviti itu biasanya dibuat di rumah saya. Insyaallah ini adalah tahun ketiga kami melakukan aktiviti ini,” cerita Kak Engku.
Malah, bercakap soal menu pula, bintang yang sinonim dipanggil Kak Engku ini bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang tidak memilih makan.
“Tetapi lauk yang paling mereka suka antaranya adalah ayam masak kicap, kari ikan dan ayam goreng berempah. Bagi saya penting masakan air tangan ibu dalam membesarkan anak-anak.
“Ketika memasak juga saya ikut petua orang tua-tua dengan membaca selawat sebanyak tiga kali. Apabila basuh beras saya selalu berdoa mudah-mudahan rezeki yang kita beri menjadi darah daging anak-anak dan diharapkan anak-anak menjadi anak yang soleh, anak-anak juga selalu akan ingat kita.
“Tetapi saya tidak tahulah apa yang orang sekarang buat atau tidak. Saya ini hidup dengan emak. Saya cakap terus-terang. Nama sahaja saya ini artis tetapi saya tidak ada kawan rapat artis. Hidup saya di dalam rumah sahaja. Habis kerja saya akan balik ke rumah. Kawan saya adalah anak-anak, sepupu saya dan emak dan bapa saya,” luahnya lagi.
Sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan pelakon drama ikonik, Pengantin Popular ini menerusi Mingguan Wanita. Kalau nak tahu lebih jangan lupa untuk dapatkan majalah ini edisi terkini ni okay!
Bagi setiap ibu yang hamil pasti akan merasai perasaan yang sangat mendebarkan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku semasa mengandung.
Mungkin itulah situasi yang dihadapi pelakon Hanis Zalikha, baru-baru ini.
Hanis atau nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid kini sedang hamil anak kedua yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Pelakon drama rantaian Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu ada berkongsi berita yang mendebarkan bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
“Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga. Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diammm je. Baby yang kali ni dahlah sangat responsive, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.
“Tapi masa petang tu kita geletek dia, Daddy dia panggil dia, semua dia taknak respon. Omg nervous. Terus Daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua (kemain Maknya), dan dan tu juga baby tendang kuat gila.
“Aigo, Daddy dia pun kata “ala kesian, ngadu dekat Daddy ya”. Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan.
“Jaga kiraan tendangan je sekarang. Kita tau time2 baby kita aktif, jadi cuma kena peka. Kiraan tendangan tu bukan interval yang tepat sama setiap orang. Ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.
“Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya! So untuk kes-kes ibu seperti kita, swipe left untuk sumber dari zakat.com.my tentang fidyah & qada.”tulisnya.
Di samping itu, pelakon berusia 28 tahun itu berkongsi info mengenai fidyah dan qada bagi ibu yang mengandung di bulan ramadan.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kesejahteraan buat Hanis sekeluarga.
MH juga turut mendoakan semoga Hanis dan bayi yang dikandungkan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Terdahulu, Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yusof Iskandar pada 3 Jun 2016.
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.