Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ada memberikan reaksi apabila ada pengguna media sosial yang bertanya mengenai hukum faraid, sebagaimana yang heboh diceritakan ketika ini.

Layangan soalan tersebut diterima lalu dijawabnya menerusi Twitter, awal semalam.

“Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik.

”Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini,” tulis Zulkifli.

IKLAN

Sementara itu, Zulkifli turut membuat satu lagi reaksi, dipercayai sebagai memberi pandangan terhadap isu tular yang berlaku sejak beberapa hari lalu melibatkan soal pengurusan harta.

IKLAN

“Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dgn penuh kasih sayang sebagai satu keluarga,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial lain turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan.

Malah, tidak kurang juga yang ingin mahukan penjelasan yang lebih ditil mengenai hal berkenaan.

Foto: Twitter Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI