Penerbit Filem KL Special Force, Datuk Yusof Haslam mengatakan bahawa pihaknya tidak pernah menjangkakan berapa kutipan untuk filem tersebut.

Katanya, semuanya dia serahkan pada ALLAH SWT.

IKLAN

“Kita tak pernah berikan jangkaan mengenai kutipan filem. Pesanan ini sudah ditetapkan oleh keluarga mertua saya lagi.

“Sebab itulah saya tidak pernah lafazkan berapa kutipan dan serahkan pada ALLAH SWT sahaja.

“Tidak dinafikan bahawa semua berharap agar kutipan bagus tapi jangan letak sekian-sekian sebab nanti jadi riak.

“Yang penting buat sahaja yang terbaik,” katanya ketika ditemui di Malam Gala KL Special Force, semalam.

Dalam pada itu, Yusof sempat melahirkan rasa bangga menonton filem arahan anaknya, Syafiq Yusof.

IKLAN

 ‘Kami Tak Jangka Berapa Kutipan, Tak Mahu Riak’- Yusof Haslam

IKLAN

“Selama 40 tahun saya dalam industri ini, saya sangat kagum melihat dimensi baru dalam persembahan filem bercorak kepolisan.

“Sejujurnya saya kata ini bukan sebab Syafiq anak saya tapi saya sendiri kagum dengan idea dia yang begitu ‘deep’.

“Pada saya, filem ini sememangnya satu kejayaan pada Syafiq kerana bawa kelainan dalam filem sebab filem Malaysia selalunya ‘straightforward’ tapi dengan KL Special Force akan membawa penonton berfikir,”katanya lagi.

Pada pandangan MH, kami percaya cerita ini pasti akan mendapat tempat di hati peminat dan apatah lagi pecah panggung kerana dari trailernya sahaja kita dah teruja apakah lagi menonton filem ini sepenuhnya!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI