Suami kepada Zulin Aziz, Mohd Farhan Norzaini, 35, melihat Zulin sebagai wanita yang mempunyai hati  tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

Menurut Farhan dan Zulin bersyukur kerana majlis hari bahagia mereka dipermudahkan.

“Kami Pernah Melalui Fasa Dikecewakan…,” – 2 Tahun Kenal Bermula Sebagai Kawan, Farhan Ulas Rasa Cinta Buat Zulin Aziz “Kami Pernah Melalui Fasa Dikecewakan…,” – 2 Tahun Kenal Bermula Sebagai Kawan, Farhan Ulas Rasa Cinta Buat Zulin Aziz

“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri.

“Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat  dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.

“Kami masing masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu,” katanya.

IKLAN

Farhan yang juga rakan kongsi perniagaan bersama Zulin menyifatkan bekas penyampai radio itu melengkapi kriteria isteri idamannya.

“Di situ saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati.

“Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri lengkap semua itu,” katanya.

IKLAN

Pasangan sama cantik sama padan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam dan pereka Ezuwan Ismail, mereka persalinan nikah dan majlis malam pengantin, malam tadi.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat bergelar sebagai suami isteri yang sah kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pasangan mempelai itu diijabkabul berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz dan mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.

IKLAN

Pada majlis akad nikah, Zulin menerima wang hantaran berjumlah RM30,000 sementara pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Terdahulu, Zulin,33, dan Farhan mengikat tali pertunangan pada 28 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI