Meski terpaksa berdepan pelbagai cabaran, pengarah muda, Kyle A Halim tetap meluahkan rasa syukur selepas filem pertamanya yang berjudul, The Disappearance Of Irdina Adhwa kini telah pun berjaya ditayangkan.

Menurut Kyle, antara cabaran yang harus ditempuhinya adalah untuk mengumpulkan barisan kru di Kuala Lumpur memandangkan dia hanya datang seorang diri daripada negeri asalnya, Sabah.

Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok

Katanya lagi, pengalaman bekerja dengan rakan-rakan baharu menjadikan dirinya lebih berani untuk berinteraksi dengan orang ramai.

“Cabaran terbesar adalah mencari kru yang berada di Kuala Lumpur. Ini kerana tiada sesiapa yang saya kenal.

“Saya pula datang dari Sabah, tetapi Alhamdulillah, dengan rezeki diberi, akhirnya bertemu juga kru yang berwibawa dan suka bekerja dengan saya.

IKLAN

“Sebagai penerbit dan pengarah, saya sebenarnya agak pemalu mahu bersuara. Namun, saya banyak atasi kekurangan ketika penggambaran filem,” katanya menerusi kiriman Whatssapp.

Katanya lagi, akibat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa akur apabila lokasi pengambaran tidak dapat berjalan sepenuhnya di Sabah.

Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok

Namun, latar belakang dan dialek Sabah tetap dikekalkan meskipun lokasi pengambaran berlangsung di Melaka.

IKLAN

“Saya berpuas hati dengan karya pertama ini, cuma kesal tidak mampu melakukan penggambaran sepenuhnya di Mesilau, Kundasang.

“Dialek Sabah juga turut dikekalkan. Saya kagum dengan usaha para pelakon yang mampu melontarkan dialog dengan baik
meskipun agak panjang lebih-lebih lagi bila melibatkan situasi yang agak kritikal,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kyle turut mengakui dia berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk turut sama menghadiri majlis tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa kerana dia telah dilaporkan positif Covid-19.

Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok

IKLAN

Sekadar informasi, filem bergenre seram thriller ini mengisahkan mengenai sekumpulan remaja yang baru sahaja menamatkan pengajian lalu memutuskan untuk bercuti bersama di sebuah banglo yang terletak di kawasan pendalaman.

Kegembiraan mereka terhenti selepas mengetahui ada individu yang sedang memburu mereka.

Filem ini menampilkan Alicia Amin sebagai watak utama selain turut dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Nellisa Nizam, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok Datang Ke Kuala Lumpur Tanpa Team Produksi, Kyle A Halim Syukur Filem Sulung Bakal Ditayangkan Esok

The Disappearance Of Irdina Adhwa bakal ditayangkan bermula 24 Februari ini secara langganan menerusi saluran Astro First.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI