Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari mengakui berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Menurut Shafeeqa, meskipun kejutan tersebut terjadi tanpa dirancang, namun dia tetap gembira apabila dapat bertemu dengan insan hebat tersebut secara lebih dekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqa_johari)

“Sejuk je wajah beliau. Alhamdulillah. Dapat jumpa insan yang saya kagumi. Selalu tengok dekat youtube, live fb je.

“Dapat tengok live hari ni. Saya dapat suami tak pandailah nak buat surprise. Nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti kantoi saya ni teliti orangnya.

“Tapi hari ni dapat suprise. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tiada anniversary dinner.

“Dia bawak saya pergi masjid lah. Tak plan pon tapi sampai Bukit Jelutong tu ngam-ngam ada @habibalizaenalalhamid ,” tulisnya.

IKLAN

Perasaan gembira itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Tiada Anniversary Dinner…,” – Bawa Dengar Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin, Isteri Teruja Kejutan Anniversary Atu Zero

“Tiada Anniversary Dinner…,” – Bawa Dengar Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin, Isteri Teruja Kejutan Anniversary Atu Zero

Katanya lagi, dia dan suami kini sedang berusaha memperbaiki diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

IKLAN

“Dapatlah dengar ceramahnya live. Ada setiap selasa minggu kedua dan minggu terakhir setiap bulan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.

“Kawan-kawan yang teringin nak dengar live ceramah dia bolehlah pergi masjid Bukit Jelotong ya. Selasa selepas Magrib.

“Alhamdulillah, kita bukan orang baik tapi kita nak jadi sebahagian dari orang-orang baik. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan ubah. Insyaallah, sama-sama kita ya @akueatu . Terima kasih,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumahtangganya bersama Atu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Tiada Anniversary Dinner…,” – Bawa Dengar Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin, Isteri Teruja Kejutan Anniversary Atu Zero “Tiada Anniversary Dinner…,” – Bawa Dengar Ceramah Habib Ali Zaenal Abidin, Isteri Teruja Kejutan Anniversary Atu Zero

Sekadar informasi, Shafeeqa dan Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kuna Doli Sharif telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shafeeqa Johari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI