Pengacara dan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail, 38, mengakui sehingga sekarang dia tidak pernah jemu belajar selain rajin bertanya bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Kata Nizam, peluang isi masa bersama nama-nama besar dunia penyiaran memberi ruang buatnya untuk buka minda, seterusnya mengambil apa yang baik bagi dipraktikkan dalam kerja.
“Ketika saya masih baru, kita terlalu mengidolakan nama-nama besar wartawan penyiaran atau personaliti televisyen. Rasa seronok dan fokus bila tonton mereka baca berita atau jadi hos di kaca TV.
“Sepanjang fasa itulah, saya ambil peluang belajar dengan Allahyarham Mahadzir Lokman. Kalau nak belajar mengenai program bual bicara, saya akan cari Nurfarahin Jamsari.
“Malah ketika dapat tugasan kendalikan Malaysia Hari Ini dulu, saya seminggu tak tidur malam kerana takut.
“Sekarang saya ada juga timba ilmu dengan Vanidah Imran memandangkan kami sentiasa digandingkan bersama di dalam majlis-majlis kenamaan. Mintanya ajar ekspresi wajah ketika berucap,” katanya.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga meminta perkara sama perlu dilakukan pengacara muda sekiranya mahu kekal relevan dalam bidang penyiaran dalam tempoh lama.
Ads
“Ketika ini, saya lihat memang ramai pengacara baru yang datang dan pergi. Bagi saya, wartawan penyiaran atau hos yang baik perlu timba pengalaman sebagai wartawan terlebih dulu.
“Begitulah saya ketika bekerja di TV3 sebelum ini. Bila anda sudah ‘dilanyak’ untuk menjadi wartawan yang baik dalam mencari maklumat, tak mustahil anda boleh ‘handle’ cara untuk bercakap, susun ayat, berdepan dengan orang ramai dan sebagainya.
“Ada pengacara sekarang yang pernah saya lihat, dia menyebut ‘ini soalan saya yang pertama’. Kalau kami dulu cakap begitu akan kena maki dengan senior.
“Ada yang bagus dan boleh pergi jauh, cuma jangan pernah rasa malas untuk terus belajar.
Ads
“Malah saya sendiri masih rasa diri masih junior kalau nak dibandingkan dengan personaliti yang sedia ada,” katanya.
Ditanya sama ada dia mulai rindu untuk kembali selepas dua tahun berehat daripada dunia penyiaran, Nizam menjelaskan dia kini cuba terokai dunia baru untuk cabar diri.
“Sejujurnya, memang rasa rindu terutamanya dengan suasana turun padang bekerja sebagai wartawan serta kesibukan ketika berada di lokasi.
“Saya tak pernah rasakan saya berhenti, tetapi saya lebih selesa mengatakan saya hanya mengambil sedikit waktu untuk berehat.
Ads
“Saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dan sebelum kembali dengan semangat baru yang lebih kuat.
“Meski tak muncul di kaca TV, namun saya bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan masih ada, khasnya untuk mengendalikan acara-acara penting selain di media sosial,” akui Nizam yang kini turut menjadi perunding pelaburan AIA berjaya.
Kini melibatkan diri dalam produksi dokumentari pula, suami kepada Khairul Noormaaidah Zali, juara pencarian Gadis Melayu ini juga diperkatakan selepas muncul mengendalikan majlis akad nikah pelakon Mira Filzah.
“Selepas selesai mengacara majlis terbabit, saya terkejut kerana laman sosial dihujani pelbagai notifikasi yang memberi respon mengenai kemunculan saya.
“Syukur kerana komen yang ditinggalkan berbentuk positif dan memuji lenggok, lantunan suara serta kebolehan saya dalam menyusun perkataan. Rasa bersyukur dan berterima kasih,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nizam turut terkenal sebagai antara perantara program bual bicara online Sinar Harian yang sering membincangkan isu-isu berat termasuk hal politik semasa negara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM meminta ramai supaya tidak perlu bimbang di dalam menggunakan produk keluarannya.
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram, Kak KM bagaimanapun turut mendedahkan, situasi yang berlaku seolah-olah perkara lumrah apabila ada pihak yang didakwa mulai rasa iri apabila perniagaannya mulai sukses.
“Tak payah nak risau, nak bagitahu dekat sini, semua produk kak KM ada kelulusan. Tak payah nak takut, tanpa was-was lagi nak pakai apa pun.
“Biasalah bila kau dah kaya, bila kau dah berniaga yang memang maju, laris tak ada orang boleh kalahkan kau lagi, mulalah datang pengkhianat.
“Datang orang yang dengki dekat kau, datanglah babi-babi hamlau, biasa. Tapi kita rilek lah kita tak buat salah apa dengan kau.
“Itu kes dah lama yang baru sekarang nak kemukankan tapi tak apalah macam mana pun kita hadap sahaja, lagipun benda dah selesai. Alhamdulillah,” katanya.
A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on
Sementara itu menerusi posting terdahulu, Kak KM turut mengesahkan mengenai kehadirannya di mahkamah beberapa hari lalu.
“Sabarlah… Sabar, yang kena dakwa aku bukan korang. Terima kasih yang prihatin dekat Kak KM, yang kesian, yang tanya sama ada betul atau tidak pada tadi saya dekat mahkamah.
“Betul tak salah orang lagi, macam ni paparazzi ambil gambar aku, seronok tapi aku pun keliru tadi nak buat ‘peace’ ke buat apa tak tahu sebab kita tak bersalah.
“Yang pasti bukan Sweet Dara, bukan jamu kak KM yang punya fasal ni, yang punya fasal adalah produk Kak KM yang lagi satu, hal-hal fasal lambat keluar kelulusan KKM.
“Benda tu tak ada apa dah selesai syukur. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, memang dipermudahkan,” katanya lagi.
A post shared by lianarosli (@lianarosli_official) on
Terdahulu pada Isnin lalu, berita mengenai anak seorang pelakon dan juga seorang Instafamous didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan mulai diperkatakan ramai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram, Perbadanan Kemajuan Filem National Malaysia (FINAS) memaklumkan bahawa pelakon veteran, Mohd Idris Mohd Diah telah meninggal dunia.
Difahamkan Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Putrajaya awal pagi tadi.
“FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga pelakon veteran berkaliber dan penggiat seni yang dihormati, Allahyarham Mohd Idris Mohd Diah ataupun Idris Md Diah yang telah meninggal dunia pada hari Isnin, 14 September 2020.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah,” tulis pengendali akaun tersebut.
Berita kematian tersebut disahkan sendiri oleh anak Allahyarham Idris, Alia.
Menurut laporan Mstar, Alia memaklumkan bapanya itu diketahui tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi dan ketika pasukan perubatan tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham telah pun meninggal.
“Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tiada selera makan,” katanya seperti yang dipetik
Difahamkan jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, sebelum solat Zohor.
Melihat di ruagan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Idris.
Allahyarham Idris menerupakan antara pelakon yang menjayakan drama popular 7 Hari Mencintaiku 2 dengan membawakan watak sebagai Pak Andak.
Pelakon Eyra Hazali ada berkongsi foto terkini anak lelaki yang dirakam sedang tidur bersama bapanya, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol skuad bola sepak JDT di Instagram.
Pejam celik, bayi comel yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq itu kini sudah mencecah usia 19 hari selepas dilahirkan 14 Ogos lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji keluarga kecil ini di samping turut memuji kecomelan bayi pertama mereka selain mendoakan Hayder membesar sebagai anak yang baik.
Bergelar ibu dan bapa muda, Eyra dan Haziq sebelum ini mengakui mereka sudah bersedia untuk menempuh fasa sebagai suami isteri yang mempunyai anak.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.