Pengacara dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan dirinya telah dikejarkan ke sebuah hospital di Kuantan, Pahang selepas didapati berada dalam keadaan lemah dan hampir pengsan pada Rabu.
Menurut PU Azman, insiden tersebut berlaku mungkin disebabkan kurangnya rehat dek kerana jadual kerja yang dikatakan begitu padat sejak kebelakangan ini.
“Share sebab nak korang doakan. Mungkin keletihan sangat sebab 4 program back to back.
Moga sakit ini kaffaroh dosa cik man.
Ads
“Terima kasih My Health Clinic, Kuantan. Doktor masukkan air 1 pin. Dahla aku memang masuk air.
“Korang jangan salah paham. Cik man lemah dan nak tumbang. Bukan pregnant,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh PU Azman atau lebih mesra di sapa Cik Man itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Cik Man lekas sembuh.
Ads
Terdahulu, Cik Man kini dilihat sibuk mempromosikan racangan terbarunya berjudul Tanya Cik Man Musim Ke-3 yang bersiaran pada setiap Selasa jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga merupakan seorang guru, Tasha Manshahar meluahkan rasa kecewa terhadap tindakkan segelintir individu yang tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga Allahyarhamah Sandra Dianne.
Menurut Tasha, walaupun dia tidak begitu rapat dengan Sandra, namun menyifatkan kehilangan tersebut tetap amat dirasainya.
“I cant help but to say something about her tonight. Pernah kenal arwah, pernah beberapa kali jumpa masa show sama dulu.
“Tak rapat tapi pemergiannya beri impak yang besar, not only to me but many people. Suprisingly, yang tak pernah mengenali arwah pun terasa kehilangan.
“Sedih ni bukan sedih yang biasa. Sedih bercampur cemburu. Cemburunya sebab sebegini sekali ramai orang menceritakan kebaikan dia, sedangkan selama ni tak ramai pun notice kewujudan arwah.
“Sedih. Arwah tinggalkan kita dengan banyak perkara untuk kita muhasabah. Tapi lagi sedih sebab ada orang-orang yag langsung tak jaga sensitiviti. Malah, tak rasa menjaga sensitiviti tu penting pun,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tasha menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah penyanyi lagu Bukan Aku itu lagi, pemergian Sandra ini sepatutnya menjadi pengajaran untuk kita terus berbuat baik sesama manusia.
“Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi bukan semua kita boleh share openly. Ada benda yang lebih baik kalau disimpan sendiri supaya tak menyakitkan hati.
“Arwah dah selesai tugas dia di dunia, kita ni? Allah bagi masa untuk kita beringat sebenarnya. Kita sendiri pun dah running out of time. Kenapa bazir buat/bercakap benda tak berpahala. Apa nak jawab pada Allah dekat sana?
“I believe, untuk dia dapat penghormatan sebegini sekali, mudahnya urusan pengebumian dia, pasti ada kebaikan yang kita sendiri tak mampu lakukan.
“Entah-entah, ada perbualan/doa dia pada Allah lebih ikhlas berbanding kita. Lebih bersungguh. Lebih tulus. We never know,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Raqib Majid itu turut menyifatkan bahawa dia amat terkesan menonton konsert tribute #SandraDalamKenangan yang berlansung pada Ahad.
“Sepanjang menonton #bigstage2020 #sandradalamkenangan , saya betul-betul terkesan. Tak sangka akan sama-sama nangis.
“Lagi terkesan bila Farisha bagitahu yang sebelum kemalangan, arwah ada tunjuk DM-DM haters hantar kepada arwah dan itu buat arwah sangat down. I wonder, now, can those haters sleep at night?
“Yang pergi tetap pergi. Tapi kita yang masih tinggal ni, apa je yg kita plan nk buat? Rasa kagum dengan sikap arwah. Rasa malu pun ada, banyak betul kebaikan dia, penyayangnya dia dengan ibu bapa & keluarga, disayangi kawan-kawan, disenangi strangers.
“Aura baik ni bukan milik org kaya, atau org ternama, atau org bijak pandai, tapi milik orang yang hatinya tiada lain melainkan kebaikan semata.
“Semoga kita tergolong dalam kalangan org-org yg memiliki hati yang sejahtera. Aamiin. #selfreminder. Takziah buat keluarga arwah. Semoga Allah kurniakan ketabahan. Al-Fatihah buat Sandra,” akhirnya.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski situasi semasa dunia yang berlaku ketika ini, namun jodoh para selebriti kita dalam membina mahligai perkahwinan tetap mekar terjalin.
Berkongsi hari bahagia mereka para peminat, ramai juga yang pastinya teruja melihat persalinan raja sehari selebriti yang dikenakan.
Malam ini, figura popular Mira Filzah juga sudah pun mengumumkan mengenai majlis nikahnya dan momen bermakna itu turut dipancarkan secara langsung di kaca TV.
Pasti juga ramai yang tidak sabar menantikan rekaan bagaimana yang akan dikenakan pelakon dan hos terkenal ini bukan?
Istimewa, MH bariskan beberapa busana perkahwinan yang dikenakan selebriti wanita kita sama ada ketika diijabkabul atau pun saat melangkah ke majlis resepsi.
Hasil bidikan jurufoto rasmi selain skuad cantik raja sehari masing-masing menyerlahkan seri dan aura pengantin bukan?
Doa kami, semoga bahtera perkahwinan kalian kekal sehingga ke ahir hayat, till jannah.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Azza Elite menyatakan rasa geram dan perkara itu dikongsikannya menerusi salah satu posting di Instagram.
Malah, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari kelihatan seperti kurang senang dengan tindakan seorang individu yang telah didakwa telah menganggu perniagaan miliknya.
Bagaimanapun, Azza tidak mendedahkan identiti individu terbabit.
Melihat di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat ada memberi kata-kata semangat kepada Azza untuk sentiasa cekal dan tabah mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan.
Sekadar informasi, Azza kini bergiat aktif menceburi dalam bidang perniagaan telekung dan sejadah jenama miliknya sendiri.
Foto: Instagram Azza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.