Pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mengesahkan rumah tangga yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail, 37, sudah berakhir.
Memetik mStar, Zimi atau nama sebenar Zarimi Zahari, 36, berkata dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu menerusi rakaman suara pada aplikasi WhatsApp pada malam Ahad.
“Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga.
“Saya sekarang dalam proses perceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.
“Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui,” katanya seperti yang dipetik.
Tidak mahu bercerita lanjut mengenai punca perceraiannya demi menjaga privasi kedua-dua belah pihak.
Ads
Menyifatkan dia dan bekas isteri sudah tidak lagi sehaluan, anggota kumpulan Sofazr ini turut mengakui tidak akan membuat aibnya sekeluarga.
“Saya takkan buka aib dia atau aib kami sekeluarga. Sejahat-jahat suami sekali pun, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak… kalau tak seseorang lelaki tu takkan mendirikan rumah tangga.
“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh… jodoh dah tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini.
Ads
“Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, menerusi sebuah laporan portal hiburan, Zimi didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dengan Isma dan meninggalkan anak-anak mereka bersama isteri.
Zimi bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut dan berkata dia sentiasa menjaga kebajikan anak-anaknya dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Ads
“Saya tak nak berlawan dengan gosip tapi cerita yang saya tinggalkan anak macam tu saja, itu tak betul. Kalau betul, kenapa dia tak buat aduan di tempat yang betul? Pergi la ke pejabat agama dan sebagainya.
“Kalau betul, anak-anak saya takkan membesar macam sekarang… takkan bulat-bulat seperti sekarang. Terima kasih la cakap macam tu pada saya. Kalau saya memang salah, biar pejabat agama yang tentukan.
Sekadar imbasan, Zimi dan bekas isterinya Isma Salwana Ismail berkahwin pada 8 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Bunga, 4, dan Zerlinada Ikil yang kini berusia 3 tahun.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan bahawa telah kembali rujuk bersama suaminya, penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi entri terkini Bella di Instagram, pelakon dan penyanyi ini turut mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua bersama pengikutnya di ruangan komen posting tersebut.
Malah, penyanyi berusia 26 tahun itu memohon kepada peminat untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak yang sedang dikandung.
“MasyaAllah terima kasih ya, doakan Bella tau.
“Alhamdulillah masa dalam iddah lg jadi tak perlu kahwin semula doakan ya,” tulisnya.
Disamping itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata setiap perkara yang terjadi merupakan perancangan Yang Maha Esa.
“Itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, saya jalani, tawakkal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan,
“Kenangan pahit tp menjadi pengajaran hebat buat semua, terima kasih atas doa awak,” tulisnya selepas ditanya peminat.
Imbas kembali, Bella mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 3 tahun.
Bella sebelum ini pernah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac 2019.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ikmal Amry akhirnya berjaya merealisasikan hajat isterinya Najla Shamsul yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Menurut Ikmal, isteri yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan mengidam mahu menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam, ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak Nasi Goreng St Regis, Langkawi. Kitaorang makan Nasi Goreng ni time honeymoon.
“Tapi semua yang dia teringin nak makan Alhamdulillah Am tunaikan kecuali Nasi Goreng Ni Je Am hold dulu. Ye lah LANGKAWI WEH!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ikmal turut bersyukur selain menyifatkan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik apabila hajat tersebut dapat ditunaikan.
“Tapi Allah sebaik perancang. Lepas dua mnggu dia teringin nak makan tu. Am dapat satu offer filem shoot di Langkawi. Allahuakbar.
“Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi. Im speechless. Rezeki memang tak pernah salah alamat. Enjoy your Nasi Goreng sayang,” tulisnya lagi.
Baru sahaja menarik perhatian ramai pihak ketika membawakan lagu cover Flowers dan Made You Look, penyanyi, Datuk Aishah Ariffin sekali lagi menampilkan persembahan memukau menerusi lagu Korban nyanyian asal Ernie Zakri.
Jelas Aishah, dia amat seronok untuk membawakan lagu Korban ini kerana bait-bait liriknya yang sangat indah.
“Seronok nyanyi lagu ‘Korban’ by Ernie Zakrie a beautiful and meaningful composition. Hope I do the song justice,@ katanya.
Sementara itu, nyanyian Aishah ini turut mendapat respon positif daripada Ernie.
Jelas Ernie, ia merupakan satu penghormatan apabila idolanya sudi untuk menyanyikan semula lagunya.
“MasyaAllah. OMG, terima kasih banyak-banhak. Ia sangat bermakna buat saya. Datuk adalah sumber inspirasi saya. Love you always,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian Aishah selain turut berharap agar lebih banyak lagu cover dapat dihasilkan pada masa akan datang.
“Saya dari sekolah menengah sampai umur 45 tahun, saya minat dengan Aishah. Suara padu dan merdu. Cover lagu apapun sedap dengar.
“Suka Datuk menanyi lagu orang putih.
“Wow, Kak Aishah! Tahun 2023 masuk FYP Tik Tok sampai view 640k. Keep doing cover Datuk.
“Otai masih berbisa,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, video cover lagu Flowers nyanyian Aishah telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan di Tik Tok.
Terdahulu, lagu Korban bakal dipertandingankan di Anugerah Juara Lagu ke-37 yang bakal berlangsung Ahad ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Dayana Roza menggesa pihak kerajaan untuk menjalankan ujian mental terhadap para pekerja taska, tadika atau pusat asuhan susulan banyak kes kematian bayi dan anak kecil yang berada dalam jagaan mereka, akhir-akhir ini.