Baru-baru ini, tular sepotong video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang ibu meluahkan rasa berang terhadap orang di sekelilingnya ketika anaknya meragam sewaktu makan di sebuah restoran.
Wanita berkenaan akui kurang senang dengan reaksi yang ditunjukkan oleh orang-orang berhampiran ketika anaknya itu menangis.
Video berkenaan nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan pandangan berhubung isu tersebut termasuklah pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Jelas Michael, wanita berkenaan tidak seharusnya menyalahkan orang lain sekiranya mereka berasa kurang selesa, sebaliknya, para ibu bapa sepatutnya mengajar anak-anak untuk menjaga kelakuan ketika di tempat awam.
“Kepada ‘Makcik Joyah’ tu, kau reti ke tidak jaga anak? Kalau anak kau dah berlari berkeliaran dekat restoran tu macam monyet terkena belacan atau terpekik terlolong, mestilah orang pandang.
“Mesti orang nak tengok siapa yang menjerit. Orang jeling, kau nak suruh dia balik makan dekat rumah pula.
“Sepatutnya, sebagai ibu bapa, kau kena ajar mereka. Kalau tak boleh kawal anak tu, awak yang sepatutnya jangan keluar. Duduk je makan dekat rumah,” katanya.
Ads
Pandangan tersebut disuarakan oleh Michael menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Malah, Michael turut menegur sikap segelintir ibu bapa yang dikatakan lepas tangan sewaktu membawa anak-anak menonton wayang dan ke pusat membeli belah.
“Lagi satu, kepada para ibu bapa yang tengok wayang tengah malam pun bawa anak kecil masuk panggung, bila anak-anak kau menangis dekat panggung, tak ke itu mengganggu? Takkan sebab itu pun kau nak suruh aku balik tengok dekat tv.
“Kemudian, yang bawa anak ke pusat membeli belah pula, boleh biarkan anak mereka berlari satu shopping mall. Itu pun aku tak faham.
Ads
“Saya ada pengalaman di restoran, dia biarkan anak dia memekik, menangis dan berlari-lari. Lepas tu langgar orang. Tapi parents sibu buat live di Instagram,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Michael turut meminta wanita berkenaan supaya melihat sikap diri sendiri sebelum menilai orang lain.
“Guna-gunalah otak tu. Sedap-sedap je nak maki orang. Kau tu tak pandang diri dekat cermin. Reti ke tidak jaga anak? Tak rasa ke tindakan anak tu menggangu orang?,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan didikkan ibu bapa sewaktu di rumah sememangnya amat penting.
Ads
“Dia elok take away sahaja. Tak payah dine in kalau anak tak behave dalam restoran atau tempat awam.
“Bab midnight movie tu saya setuju sangat. Anak-anak kecil atau babies, tak perlu kot gigih nak bawa masuk panggung.
“Setuju. Mak asyik membawang. Mana anak tak menangis. Setakat ini, anak saya tak pernah pula macam tu. Ini bergantung kepada ajaran masing-masing.
“Perkara-perkara ni mak-mak yang kena pandai handle. Kalau biarkan sahaja anak buat sesuka hati menjerit-jerit atau berlari, memang orang akan pandang. Tak tegur memang anak naik lemak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan Michael itu telah pun meraih hampir 50,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menanggung kerugian lebih RM50,000, rumah keluarga dan kafe kepunyaan penyanyi, Wani Syaz merupakan antara yang teruk terjejas akibat musibah bajir di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Jelas Wani, ketika kejadian air naik itu, dia sekeluarga hanya sempat menyelamatkan nenek yang uzur, kucing dan beberapa helai baju sahaja.
“Rumah dan kedai kepunyaan saya merupakan antara yang teruk terkesan akibat banjir. Kalau ikutkan, memang tiada apa yang dapat diselamatkan di rumah tersebut.
“Memandang kami ini rumah kampung, untuk air kembali surut itu bukan sekejap. Kemungkinan ambil masa tiga minggu juga. Air naik hingga ke paras pinggang.
“Ketika air naik, saya hanya sempat selamatkan kucing, bantu nenek yang lumpuh dan capai beberapa helai baju. Perabot dan perkakasan elekrik memang tak dapat nak diselamatkan.
“Saya tak pasti tentang jumlah kerugian. Namun, saya anggrankan lebih RM50,000. Kafe saya pun terkesan tapi saya sempat angkat perkakasan elektrik ke tempat yang lebih tinggi,” katanya kepada MH.
Wany berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pengenalan single duet terbarunya bersama Wany Hasrita berjudul, Sakitnya Penantian pada Rabu.
Kongsi penyanyi berusia 25 tahun ini lagi, disebabkan jumlah mangsa yang terkesan agak tinggi, dia sekeluarga tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebaliknya menetap di rumah sepupunya sehingga banjir surut.
“Kali terakhir Batu Pahat dilanda banjir besar seperti ini adalah pada tahun 2006. Ketika itu, saya masih kecil. Jadi, saya tak berapa ingat. Bila dah besar ni, baru tahu macam ni rasanya banjir.
“Kami tak pergi ke PPS kerana penuh. Jadi, kami sekeluarga menumpang di rumah sepupu saya. Alhamdulillah, ada tempat kami nak tinggal,” kongsinya lagi.
Jelasnya lagi, meskipun perasaan ketika ini agak sedih, namun dia sekeluarga perlu fokus mengemaskan kawasan rumah memandangkan bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
“Kami sekeluarga memang sedih. Ibu sampai menangis. Saya tidaklah menangis tapi lebih kepada termenung.
“Perancangan kami sekarang adalah untuk menunggu air surut dan fokus untuk mengemas. Kita pun dah nak sambut bulan Ramadan. Kedai pun kena bersihkan juga.
“Sedih juga nak sambut Ramadan sebegini tapi nak buat macam mana. Kita kena reda dan terima sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, single Sakitnya Penantian Ini merupakan kolaborasi ketiganya bersama Wani Hasrita.
Lagu ini juga sudah boleh didengari di seluruh platform penstriman dan muzik video pula sudah pun dimuat naik di laman Youtube FMC.
Kredit Video: Instagram Wani Syaz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga merupakan penyanyi, Tasha Manshahar kini dilaporkan sedang hamil anak kedua.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raqib sewaktu memuat naik foto kenang-kenangan di laman Instagram bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menurut Raqib, kehadiran cahaya mata kedua itunya nanti bakal menjadi peneman buat anak sulungnya yang kini telah pun menginjak usia dua tahun.
“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar dan adik Muammar. Baby nombor dua momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah.
“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.
“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, bintang kelahiran Akedemi Fantasia (AF) musim ke-9 itu turut berharap agar semua pihak dapat memanjatkan doa semoga isteri serta kandungannya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Raqib dan juga Tasha.
“Alhamdulillah, Muammar nak dapat adik.
“Mesti lagi comel family ni nanti. Suka tengok Kak Tasha buat Tik Tok.
“Tahniah Kak Tasha. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Stay safe.
“Muammar nak jadi abang dah. Tahniah Kak Tasha dan Abang Raqib.
“Tahniah kakak dan abang. Semoga diperluaskan lagi dak sentiasa berada didalam rahmatnya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muammar Rafiqi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Raqib Majid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ungku Aziz sekali lagi berkongsi perkembangan Nad Zainal, setakat Jumaat.
Ungku Ismail memaklumkan, aktres berkenaan masih lagi mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam pemantauan doktor.
“Assalamu’alaikum semua. Perkembangan tentang Nad Zainal kini, dia masih di ICU, masih recovering. Alhamdulillah.
“Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama sama dia kuat dan terus mendoakan dia.
“Jangan lupa untuk sentiasa titipkan do’a do’a agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat sedia kala.
“Moga Allah Lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru parunya baik pulih dari segala akibat penyakit itu,” jelasnya.
Dia berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Insta Stories.
Dalam pada itu, Ungku Ismail turut berterima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan ramai menerusi Tabung Kecemasan Nad Zainal.
“Juga, terima kasih kepada semua yang telah menyumbang untuk rawatan medik dan post care Nad Zainal.
“Sebahagian sudah pun disalurkan kepada pembayaran sementara menanti jumlah selanjutnya.
TaqobbalAllahu Minna wa Minkum.
“Tabung Kecemasan ini akan ditutup pada hari Isnin ini. Moga Allah Ampunkan dosa kamu semua, dan DiKurniakan Rizq melimpah ruah, dan DiQabulkan Dilstijabkan hajat hajat tuan/puan.
“Allahumma Aamiin. Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfihaa, Allahu Yashfiihaa,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!