Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ada berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang berbual-bual bersama pembantu, yang dikenali sebagai Ghazi.
Menariknya, Shahida menerusi ruangan kapsyen di Instagram, wanita yang sedang berbadan dua ini mendedahkan sebab dia mengambil lelaki berkenaan sebagai pembantu peribadinya.
“Orang tanya saya kenapa saya ambik @ghazi_ml jadi pa..sebab dia mudah dan cepat faham karenah saya.
Ads
“Kalau saya nak makan apa2 cepat dia cari….part paling best dia suka buat lawak,” tulisnya.
Malah, Shahida turut mengusik pembantunnya, berseloroh agar anak yang dikandung tidak terkenankan perangai tersendiri Ghazi.
Ads
“Saja saya usik dia nanti kalau saya bersalin harap2 anak saya tak terkenan perangai bangsawan dia,” pintanya.
Ads
Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Datuk AC Mizal ada berkongsi perkembangan terbaru salah seorang bekas anggota 4U2C, One II yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut mengenai penyakit yang dialaminya.
One II menyertai kumpulan rap paling popular ini pada 1996 selepas perpecahan anggota asal dan sempat merakamkan album berjudul Kembalilah Fiona.
“Mohon agar semua dapat sedekahkan doa kpd one of my 4u2c brotha yg kini critical di ICU semoga beliau kembali pulih.
"Be strong my brotha One2 (4U2C 2nd batch)….Al Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pelawak, Abam Bocey akui bahawa berat badanya semakin meningkat dari hari ke hari.
Bagaimanapun, Abam atau nama sebnarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan akui ada sebab berat badannya kian naik.
“Berat saya naik sebanyak 20 kg. Saya pun terkejut dengan perubahan sedemikian.
“Untuk kembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini memerlukan sedikit masa, cumanya tunggu sehingga anak saya besar,” katanya kepada MH.
Menjadikan tarikh 14 Jun 2019 sebagai tarikh bersejarah baginya, Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali gembira kerana dikurniakan cahaya mata sulung, Syed Uthman Hamzah.
“Semenjak ada anak ini, kehidupan lebih teratur. Tiada lagi masa untuk melepak dari jam tiga hingga empat pagi. Ada juga melepak, tetapi tidak kerap seperti dulu.
“Apabila sampai rumah, automatik perasaan gembira itu wujud kerana mempunyai anak dan isteri di rumah. Tiba sahaja di rumah, pasti nak cium anak, walaupun anak tengah tidur,” kongsi Abam.
Kongsi Abam yang telah mendirikan rumah tangga bersama Hidayah pada 8 Disember 2017, isterinya merupakan tunjang utama dalam keluarga dalam menguruskan anak.
“Soal menguruskan anak adalah 100 peratus isteri yang lakukan. Misalnya cuci pakaian anak, beri makan, cuci najis anak dan sebagainya.
“Bukan saya tak boleh buat, cumanya sebagai ibu lebih baik kalau dia lakukan agar dapat mengeratkan hubungan antara anak dan si ibu, tambahan pula, anak masih kecil yang memerlukan aura dan sentuhan tangan ibu,” kongsi Abam.
Akui badan semakin berisi, Abam mempunyai sebab tersendiri.
“Selepas anak lahir, isteri memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, jadi perhatian kepada si suami agak kurang. Bukan tidak beri fokus, tetapi kurang.
“Dia ada komitmen lain iaitu menguruskan anak.
“Lelaki ini, kalau nak buat sesuatu,misalnya nak diet untuk kurus, perlukan seorang wanita yang sentiasa beri sokongan.
“Hal ini kerana isteri mahu fokus 100 peratus kepada anak. Saya tidak kisah asalkan isteri beri sepenuh perhatian kepada anak kami.
“Biarlah dia fokus pada anak, sebab saya tak nak susahkan isteri saya untuk fokus pada dua orang sekaligus (Abm dan anak),” seloroh Abam.
Berkongsi sekeping foto remaja perempuan yang dipercayai diculik, pelakon senior, Anne Abdullah mendakwa remaja yang dikenali sebagai Nur Farisa Damia dipercayai hilang di Sekolah Agama Kampung Jawa, Segamat sebelum sesi kelas tambahan bermula.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram, awal hari ini.
“Mohon viralkan seberapa pantas yg boleh!! Jika sesiapa ternampak budak perempuan ni yg bernama Nur Farisa Damia, sila serah kepada mana2 balai polis. Dipercayai diculik.
"Hilang pagi ini di sekolah agama kampung jawa, segamat, sebelum sessi kelas tambahan. Jika ada apa2 maklumat sila hubungi whatsapp 0184007661.
“Mohon kepada semua, viralkan dimana2 laman. Kebenaran sudah diperolehi.
Terima kasih,” tulisnya.