Pengacara, Nazrudin Rahman, mengakui dirinya sedikit terkesan selepas mengetahui bintang Hollywood, Chadwick Boseman telah meninggal dunia akibat kanser kolon minggu lalu.
Menurutnya yang mesra disapa Naz, apa yang dilalui oleh pelakon utama filem adiwira Marvel, Black Panther itu sangat dekat dengan dirinya yang baru pulih daripada penyakit saraf tunjang yang dialaminya sejak 15 tahun yang lalu.
“Untuk saya bila saya dengar kisah Chadwick Boseman tu saya terasa sangat sebab ia hampir sama apa yang saya lalui.
“Apa yang dia buat ada betulnya juga kalau kita bagi tahu orang yang kita ni sakit nanti kita hilang kerja.
“Paling terkilan dia memang rising star dan seorang yang sangat baik. Bila dia buat kerja-kerja amal untuk kanak-kanak kanser, kita sendiri pun tak tahu dia mengalami sakit itu,” katanya kepada MH.
Ads
Akui telah merahsiakan penyakitnya itu daripada orang sekeliling, Naz menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang lain bersimpati ke atas dirinya.
“Dia mati dalam keadaan rendah diri dan tak bagi tahu pun orang sekeliling.
“Sama seperti saya rakan-rakan terdekat pun tak tahu yang saya sakit. Bila orang dah tahu saya kena marah pula sebab tak bagi tahu mereka.
Ads
“Sebab niat saya betul-betul tak nak susahkan orang lain. Bila orang simpati dekat kita, semangat untuk melawan kita kurang.
“Semangat nak melawan tu saya simpan sendiri dan bersyukur dengan sokongan ahli keluarga. Tanpa famili saya takkan dapat lalui semua ini.
Pada masa sama, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu meluahkan rasa syukur diatas sokongan yang diterimanya selama ini
Ads
“Kepada peminat yang tak henti-henti tanya ‘abang okay tak?’ saya bersyukur sangat-sangat.
“Kepada rakan media yang ambil kesah anda tidak tahu perasaan saya macam mana. Terima kasih sangat-sangat. Saya harap anda teruskan apa yang anda lakukan.
“Tapi pada masa hadapan kalau saya sakit lagi mungkin saya tidak akan cakap lagi. Saya minta maaf sebab saya amat menjaga privasi saya.
“Saya tak nak jadi punca kesedihan orang lain baik peminat, famili atau rakan-rakan. Saya tak nak jadi sebab mereka bersedih,” akhirinya.
Terdahulu, Naz baru sahaja menjalani pembedahan saraf tunjang lebih kurang tiga bulan yang lalu dan kini harus mengikuti sesi fisioterapi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program realiti Big Stage 2020 (BS2020), Usop berazam untuk memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak BS2020 yang akan berlangsung Ahad ini.
Jelasnya lagi, menang atau kalah bukanlah alasan.
“Kalah menang belakang cerita yang penting kita buat yang terbaik FINAL ni!! #sahabat #bigstage2020,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata penguat semangat buat pemilik nama lengkap Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor ini.
Bagaimanapun, ada juga yang turut memberikan reaksi terhadap mutu persembahannya menerusi program sama minggu.
Lalu, peminat mengharapkan penyanyi kelahiran Kulim, Kedah ini akan memberikan persembahan yang terbaik di pentas akhir BS2020 nanti.
“Usop buat lah elok2 . 2 minggu saya x tengok usop menyanyi sebab kecewa usop makin merundum sedih usop dah lah astro kenakan kami letak usop last2 punya persembahan .
“Kami sampai x tidoq semata2 nak tengok usop . Usop suara sedap . So all out lah . Enjoy je persembahan . xyah nak hati2 . Buat lah comeback sampai dapat markah 90 ke atas,” tulis netizen menerusi ruangan komen entri berkenaan.
Selain Usop, penyanyi Fadh Majid, Azzam Shah, Dinie Rashid dan Qody Ranny antara barisan peserta yang berjaya mara ke pentas akhir.
Pentas akhir Big Stage 2020 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung pada 4 Oktober depan, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.
Foto: Instagram Usop
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang Instagram yang juga usahawan, Sasha Abdul Aziz ada berkongsi sepotong video yang merakamkan dirinya sedang membaca ayat suci al-Quran.
Sambil mengakui dia sudah lama meninggalkan kitab suci, namun ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak menafikan sejak kebelakangan ini, keinginannya untuk kembali mengalunkan ayat suci kian tinggi.
“More than 10 years saya tinggalkan Al-Quran. Trust me when i wanna upload this i was thinking 10 times before i nk upload.
“Bukan nk show off but i nk share it took me a while utk belajar balik membaca.
Tak tahu kenapa recently keinginan nk baca Al-quran tu tinggi sgt.
“I bukan perfect and still banyak nk belajar. But now that i have a beautiful family, ibu bapa yg masih sihat, ade kerjaya, anak yang sihat, suami yg baik kenapa i xbole slowly berubah?,” tulisnya jujur.
Dia pada masa sama turut meminta ramai agar terus mendoakankan agar dirinya menjadi insan yang lebih baik.
“Today is my first day learning Al-quran. Rasa mcm back to basic. Slowly but i really hope one day i akn baca dgn lancar! Doakan saya utk terus berubah!
“And you are all in my prayers. Can’t wait for my second lesson! #imnotperfect #imtryinghere #dontjudgeme #slowlybutsurel,” titipnya lagi.
Penyanyi Nizam Laksamana, ada berkongsi kisah sewaktu menjalani tempoh kuarantin di rumah sebaik sahaja tiba dari Kota Kinabalu awal minggu lalu.
Menurut Nizam, sepanjang berada di Sabah, dia amat menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“23 hari bulan saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes disana namun belum lagi PKPDB. Selama saya disana saya cukup jaga SOP.
“Sentiasa memakai mask, cek suhu badan, sentiasa sanitise tangan, mandi yang kerap & saya jaga penjarakan. Tiap kali selesai nyanyi saya terus balik ke hotel dan terus mandi.
“Ke mana mana pun saya akan ambil bacaan suhu badan. Selama saya disana bacaan suhu tidak pernah melebihi 36.7.
“Semalam balik Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu, sampai KLIA2 jam 12:10 malam semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketika ini, Nizam difahamkan sedang ditempatkan di sebuah bilik yang berasingan daripada keluarganya di rumah
“Sebaik azan subuh berkumandang (kiralah berapa lama kami menunggu) barulah dapat buat saringan.
“Sampel diambil menerusi tekak dan hidung. Kami di beri penerangan proses kuarantin di rumah dan kami diberi pakai gelang pink untuk tempoh 14 hari.
“Bermakna tidak boleh keluar rumah selama tempoh itu. Jika keputusan saringan pertama negatif maka kana buat lagi saringan ke dua di klinik berhampiran.
“Kiranya keputusan negatif untuk saringan kedua itu barulah sah negatif Covid 19.
“Tetapi kiranya keputusan Positif maka bersedialah untuk ambulan datang kerumah dan akan dibawa ke hospital utk rawatan lanjut. Begitulah prosesnya.
“Sampai di rumah semalam isteri sudah sediakan bilik untuk saya. Kerana pihak KKM kata saya mesti jaga tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan saya mesti pakai mask.
“Makanya sekarang saya sedang bermula proses kuarantin dirumah( sama je macam menteri-menteri yang kena kuarantin tu),” kongsinya.
Meski ujian saringan peringkat awal COVID-19 dilaporkan negatif, Nizam turut berharap agar kesihatannya kekal l berada di tahap yang terbaik.
“Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang-orang tersayang dan kawan-kawan yang diluar sana kerana saya ada rasa tanggungjawab. Saya berdoa agar semua keputusan yang bakal saya terima nanti negatif.
“Namun jika sebaliknya, saya redha untuk dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Setakat dari tarikh 23 hari bulan hingga ke tarikh 28 hari bulan ini alhamdulillah saya sihat dan harap sihat ini berterusan inshaAllah,” katanya lagi.
Meski ada yang kurang senang melihat Nizam memenuhi jemputan nyanyian di Sabah, penyanyi tersebut punya alasannya yang tersendiri.
“Namun pada yang marah-marah dan bertanya ‘ dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga…ini jawapan ikhlas saya :
“Atas meja saya perlu pastikan ada makanan kerana saya tidak mahu meminta-minta. InshaAllah Allah tahu niat saya,” tulisnya.
Sumber: Instagram Nizam Laksmana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!