Penyanyi, Baby Shima mengakui berasa agak kecewa dengan komen yang telah dilontarkan oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok yang mempersoalkan mengenai ibadah solatnya.
Individu tersebut menyifatkan tiada gunanya untuk Shima menunaikan solat sekiranya dia sering kali tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu, Pura-Pura Bujang itu telah pun memuat naik sebuah video sebagai reaksi balasnya terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh individu berkenaan.
Menurut Shima, individu tersebut tidak mempunyai sebarang hak untuk menilai orang lain apatah lagi untuk mempersoalkan mengenai amal ibadahnya.
“Semalam saya ada post satu content di Tik Tok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap macam ni, ‘Apa guna solat tapi tayang body’. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.
“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (Tik Tok) tu banyak dengan perempuan-perempuan seksi,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Shima turut menyifatkan tidak salah bagi seseorang itu untuk menegur tetapi hendakalah dilakukan dengan cara di tempat yang betul.
“Bukan itu namanya munafik ke? Kalau nak tegur biarlah bertempat. Cermin diri dulu. Jangan bertopeng malaikat disebalik perangai syaitan kau tu.
“Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Disebabkan luarannya sahaja, kau judge dia macam-macam. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Shima supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat agar dia tidak patah semangat untuk meneruskankan amal ibadahnya.
“Sabar Baby Shima. Orang ni macam-macam. Yang kenal Shima je tahu Shima ni macam mana orangnya.
“Do whatever you like. Ignore all the negatif comments towards you. As long as you jaga batas.
Ads
“Tak habis-habis nak mengecam. Stay strong Shima,” antara reaksi-reaksi netizen di laman.
Sekadar informasi, Shima telah pun memulakan perjalanan karier seninya sejak tahun 2009 dan kini dia telah pun melebarkan sayapnya ke negara seberang, Indonesia selepas menyertai pertandingan realiti yang diberi nama D’ Academy Asia Musim Ke-3.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu posting terkini dari maestro muzik, Datuk Ramli MS nyata mengundang perhatian peminat.
Menerusi Instagram, suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu memuat naik satu video pendek berkenaan stail rambut terkininya.
Jelas Ramli, dia terpaksa potong sendiri rambutnya kepada kedai gunting tutup sebagai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua minggu lalu.
“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..sebelah tingi sebelah rendah..kira art la,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu, ramai yang meninggalkan komen, termasuk rakan selebriti menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali itu.
Foto: Instagram Ramli Ms
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini yang suatu ketika dahulu cukup popular sebagai pengacara rancangan 3R dan penyampai radio Hot.fm kini bergelar doktor falsafah dalam bidang komunikasi.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Dr Kartini berkongsi mengenai perjalanan menyiapkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran (PhD) di Infrastructure University Kuala Lumpur. Berjaya mengharungi tempoh 6 tahun pengajian, dia ternyata memberikan inspirasi kepada umum.
“Terima kasih Allah kerana membimbing saya melalui usaha ini. Semoga saya terus dibimbing untuk menggunakan ilmu ini untuk visi saya, agama saya, masyarakat saya dan untuk kebaikan yang lebih besar,” kongsinya.
Memilih tajuk tesis, Women Leadership in Creative Industry in Malaysia, pencapaiannya menggengam ijazah kedoktoran cukup memberi inspirasi, lebih-lebih lagi pada awal tahun ini dia diuji dengan kanser payudara.
Imbas kembali perjanalannnya dalam dunia akademik, sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran, Dr Kartini sebelum ini terlebih dahulu telah menamatkan pengajian peringkat sarjana di Goldsmiths, University of London pada tahun 2007 dalam bidang Kewartawanan Penyiaran.
Fara Fauzana antara sahabat yang meraikan kejayaan yang dikecapinya.
“Masa my master back in 2007, saya tak hadiri pun majlis konvokesyen. Lama nak tunggu dan masa tu graduation di Goldsmiths, University of London. Jadi nak tinggal di London kena sewa rumah, perbelanjaan pun bertambah.
“Balik KL terus mula berkerja balik dengan Hot.fm, kemudian nak pergi balik untuk majlis graduasi, dah mula sibuk dan tiket kapal terbang pun tak murah. Jasi saya skip convocation utuk MA Broadcast Journalism. Sijil universiti poskan ke Malaysia. Sampai sekarang menyesal,” ujarnya panjang mengimbau kenangan lalu.
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan agar jangan bertangguh dalam melakukan apa-apa. Kongsinya, “Untuk ijazah kedoktoran ini memang saya bertungkus lumus buat pembetulan tesis sejak Ogos untuk mengejar majlis graduasi sesi November 2023. Kalau tak kena tunggu tahun 2024. We don’t know what the future holds, jadi jangan bertangguh.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi remaja, Iman Troye tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagram selepas dikritik kerana didakwa tidak sensitif apabila memuat naik ciapan mengenai angka kes positif yang semakin tinggi di Twitter miliknya, pada Ahad.
Di dalam kenyataan tersebut, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin sedar akan kesilapan terbabit sebaik memuat naik status tersebut di Twitter.
Namun, dia tidak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.
“Assalamualaikum semua. Saya mohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya mula sedar kesilapan ini selepas memuat naiknya. Ciapan itu sangat mengelirukan dan saya mengakui perkara itu.
“Apa yang saya lakukan tidak sensitif. Saya sepatutnya lebih peka berkaitan hal ini. Saya tiada niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak,” tulisnya dalam kenyataan berkaitan.
Iman pada sama sama turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegurnya dan akan belajar daripada kesilapan.
“Saya tidak terdetik untuk melukakan sesiapa terutama kepada petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan akibat Covid-19.
“Saya (Iman) minta maaf. Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.
“Saya minta maaf dan maksudkannya. Terima kasih kepada semua yang tegur Iman. Iman akan cuba jadi lebih baik, Insha-Allah,” katanya lagi.
Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Teman ini mendapat kecaman gara-gara menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira), sehingga ia disifatkan netizen seolah-olah ‘bangga’ dengan angka jangkitan itu.
Malah, ada yang menganggap tindakan itu tidak sensitif dengan isu semasa.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status terbabit, Iman difahamkan telah menyahaktif akaun Twitter.
Hantaran tersebut sehingga kini telah pun mendapat lebih 100,000 tanda suka bersama respon pelbagai yang ditinggalkan warganet di ruangan komen.
Foto: Instagram Iman Troye
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.