Pelakon Nazim Othman sering sahaja berkongsi gambar percutiannya di luar negara.
Lalu, bintang drama Monalisa ini juga ada memberikan motivasi buat golongan yang gemar melancong, tetapi malas untuk berusaha bagi mencapai impian.
“Macam mana nak travel selalu? Jawapannya, awak kena kerja dulu. Kalau kita malas, dari dalam bilik nak pegi dapur amik air pun rasa berat, maka janganlah ada perasaan iri hati tengok kehidupan orang lain lebih baik darimu.
“Saya pernah hidup susah. Susah sangat sehari cuma mampu bertahan makan roti sebungkus 50 sen tu je.
“I dealt with hardship and failure more than most people because I always strived for a better life and will keep doing that to be in the best elements.
Ads
“Life is shorter than we think. It’s not too late for U to start over,” tulis Nazim panjang lebar.
Penyanyi Ning Baizura ada berkongsi detik cemas apabila cincin yang dipakainya ketika membuat persembahan baru-baru ini tersekat di bahagian jari tengah tangan kirinya.
Sekali gus, ia menyebabkan jari penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini membengkak sehinga mendapatkan khidmat pasukan bomba untuk menanggalkan cincin berbentuk ikan itu.
“Saya ingin berkongsi kepada semua, hari ini merupakan hari yang traumatik dalam hidup saya.
“Ketika mahu membuat persembahan semalam, saya dalam keadaan sangat tergesa-gesa memaksa diri untuk memakai sebentuk cincin. Namun, ia sukar untuk ditanggalkan.
“Jadi, saya biarkan semalaman sehingga ibu dan suami saya menyuruh saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan sewajarnya.
“Saya cuba menanggalkan cincin tersebut dengan sabun dan minyak tetapi tidak berjaya.
“Kemudian, doktor menyarankan saya ke balai bomba kerana pihaknya tidak mempunyai kelengkapan yang sepatutnya untuk menanggalkan cincin terbabit,” kongsi Ning menerusi Instagram TV.
Menerusi video berdurasi sembilan minit itu, sepasukan anggota bomba melalui beberapa peringkat untuk menanggalkan cincin tersebut dengan cara menyapu minyak pada bahagian jari Ning.
Kemudian, mereka menggunakan beberapa peralatan memotong logam bagi menanggalkan cincin terbabit.
Manakala, perasaan gemuruh dan gementar dilalui Ning apabila pihak bomba cuba untuk menyelamatkan situasi tersebut.
Di akhir video, Ning berterima kasih kepada pasukan bomba yang bertindak pantas untuk membantunya mengeluarkan cincin di jarinya.
Video : Instagram Ning Baizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.