Aktres terkenal, Nabila Huda mendedahkan komitmen lakonannya akan terus berada ditahap tertinggi sebaik sahaja proses penggambaran dimulakan.

Menurut Nabila, fizikan dan mentalnya akan mudah penat sekiranya sesebuah babak itu harus dilakukan berulang kali.

“Kalau Buat Kerja Tak Betul, Saya Terus Tegur,” – Bukan ‘Harimau’ Di Set, Nabila Huda Hanya Tegas

“Saya ini merupakan seorang pelakon yang bersungguh-sungguh. Bila first take itu, saya akan terus ‘all out’. Untuk mengulang semula babak tersebut untuk kali kedua atau ketiga, saya masih okay.

“Namun, bila harus melakukannya berulang kali, energi saya tetap sama tapi saya akan penat dan lemah.

“Dalam hal ini, sebelum jalani penggambaran, kita akan berkenalan dengan pengarah dan lakukan rehearsal. Jadi, kami tahu keinginan masing-masing,” katanya kepada MH.

Lantaran itu, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengharapkan agar pelakon lain juga dapat memberikan komitmen yang sama.

IKLAN

Namun, sebagai pelakon berpengalaman, dia juga faham bahawa kemampuan seseorang pelakon itu adalah berbeza.

“Kalau Buat Kerja Tak Betul, Saya Terus Tegur,” – Bukan ‘Harimau’ Di Set, Nabila Huda Hanya Tegas

“Bila pelakon lain tak dapat berikan yang terbaik pada take yang pertama itu normal. Kita tak boleh nak mengharapkan mereka beraksi sama seperti kita.

“Cuma kalau terlalu berlebihan sehingga banyak take, saya akan naik suara juga. Saya akan nasihatkan mereka supaya buat apa yang patut dahulu sama ada rehearsal atau buka kelas lakonan.

“Sementara itu, saya nak keluar dan ambil ketengan sampai mereka boleh buat sebelum keadaan jadi lain.

IKLAN

“Namun, hal ini jarang berlaku kerana saya selalu digandingkan dengan pelakon profesional. Saya juga sangat memilih dalam soal gandingan pelakon,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini menafikan dirinya sukar untuk dibawa berbincang sebaliknya hanya bersikap tegas ketika sedang bekerja.

“Orang industri tahu saya macam mana. Saya bukannya baharu dalam industri ini. Saya mula berlakon dari umur 16 tahun dan mereka tahu perangai saya macam mana.

“Saya tak pernah ada masalah dengan sesiapa pun. Tak pernah kurang ajar atau marah tak tentu fasal. Saya bukan harimau di lokasi penggambaran. Saya mudah didekati dan sampai sekarang masih begitu.

IKLAN

“Namun, saya tegas ketika bekerja. Kalau saya tak suka, saya akan berterus terang. Kalau saya nampak orang lain buat kerja tak betul, saya akan terus tegur.

“Saya sudah bagi 100 peratus. Kalau orang lain tak bagi komitmen yang sama, saya tak boleh terima. Orang bayar gaji dan kita kena bersungguh,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Nabila kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Rahsia.

Rahsia merupakan fliem reboot yang dibikim semula daripada karya asal yang diterbitkan pada tahun 1987.

Selain Nabila, filem ini juga menampil barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Emma Manan dan Qistina Raisah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI