Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming akui teruja melihat industri ‘content creator’ yang kini makin berkembang di Malaysia.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, dia berharap agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pembikin konten daripada pelbagai bidang dan tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja.
“Memang ramai yang datang berjumpa dan minta nasihat untuk menjadi pembikin konten. Saya sangat seronok sebenarnya kerana industri pembikinan konten di Malaysia semakin berkembang.
“Cuma diharapkan kita boleh menaikkan lagi pembikin-pembikin konten daripada industri lain. Pada saya, konten makanan dah ramai yang buat.
“Mungkin kita boleh naikkan lagi pembikin konten untuk bidang pendidikan dan teknikal. Sebagai contoh, mereka boleh ajar tentang baiki kereta atau basikal.
“Di luar sana, ramai orang yang ada ilmu tapi mereka malu dan segan untuk tampil ke hadapan. Semoga dengan adanya Tiktok Awards Malaysia ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk turut sama jadi pembikin konten,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Bahru, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Khairul Aming mendedahkan dirinya tidak kisah apabila makin ramai pembikin konten yang membuat konten berkaitan masakan dan mempunyai konsep yang hampir sama dengannya.
“Saya okay sahaja. Masa saya mula-mula jadi pembikin konten, saya pun mencari inspirasi sebab kita tak pernah buat konten.
“Bila kita ambil inspirasi daripada orang, lama-kelamaan kita akan cipta indentiti kita sendiri. Jadi, bila ada content creator yang baru nak mula, janganlah kecam.
“Biarkan mereka biasakan diri buat video. InsyaAllah nanti akan keluar identitinya sendiri. Tak mengapalah kalau konsepnya sama. Saya lagi gembira.
Ads
“Saya langsung tak rasa tergugat kerana rezeki memang dah tertulis untuk masing-masing,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Khairul Aming yang memiliki jumlah pengikut seramai 3.7 juta di Instagram mendedahkan dirinya belum bersedia untuk menerima tawaran daripada program tv kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan konten di media sosial
“Untuk terlibat dalam program televisyen, mungkin tidak bagi saya. Saya naik daripada bawah melalui platform konten secara online. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu lari daripada dunia yang saya ceburi daripada awal.
“Team saya pun tak ramai lagi. Cuma empat orang dan saya nak kekal sebegitu. Tawaran program masakan di tv memang banyak tapi saya terpaksa tolak sebab memang tak cukup masa dan tenaga.
“Nak buat konten masak untuk platform sendiri pun dah jenuh. Ditambah pula nak jaga bisnes lagi. Buat masa sekarang, belum lagi,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Khairul Aming bakal bersaing hebat bersama pembikin-pembikin konten lain seperti Boss James, Auntie Purple, Ceddy dan Sallywho.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini pelawak Achey memaklumkan dirinya ‘tidak sedap badan’ apabila gusinya berasa bengkak.
Perkara itu dikongsikan ahli kumpulan Bocey di Instagram miliknya.
“Assalamualaikum..Rezeki Allah bg ujian sakit gusi. Jgn bnyk citer blh wat gaduh sakitnya!!! Serius mmg sakit! Yang x sakit adalah cadangan korang utk baik. Apa yea?
“Malam ni nak live #bbb2019..Seriously sakit!!! Halaaa tu je yg mampu bagitau,” tulisnya.
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era menyifatkan tahun ini sebagai detik paling sedih dalam hidupnya untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-31 tanpa kehadiran ibunya di sisi.
Walau bagaimanapun, Radin mendedahkan dirinya tetap reda dengan takdir tersebut memandangkan ibunya juga telah menanggung sakit hampir 37 tahun.
“TODAY IS MY BIRTHDAY. Tanggal 18 Febuari adalah hari paling sayu dan sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun sebagai “lung failure survivor “.
“Namun Allah lebih sayangkan Mama dan nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini,” tulisnya.
Katanya lagi, meski pun pada luaran dirinya nampak lebih tenang dan mampu tersenyum, namun, Radin menjelaskan hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalam hatinya.
“Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk arwah. Apa yang tinggal hanya kenangan dan pastinya nasihat yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.
“Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa selama ini bila kena bekerja untuk hiburkan orang lain serta gelak ketawa demi menggembirakan orang lain sedangkan hati sayu dan sedih. Sakit sangat. Apa-apapun ini adalah ketentuan Allah yang terbaik buat Mama,” katanya lagi.
Berkongsi rasa menerusi laman Instagram, penyampai radio Era ini menyifatkan segala kejayaannya ketika ini banyak didorong oleh berkat semangat dan doa ibunya selama ini.
Malah, Radin juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan ucapan hari lahir buat dirinya.
“Dan harini 15 Mac, hari lahir saya yang ke 31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya bila tak dapat wish dan celebrate dengan Mama seperti tahun-tahun sebelum ni.
“Ustaz pernah kata, bila kita hilang mak, bukan jasad nya sahaja kita hilang tapi juga doa seorang ibu. Rezeki saya harini adalah berkat dari doa Mama selama ini. Alhamdulillah, walaupun jauh dengan family, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat “support system” yang kuat dan sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family.
“Terima kasih untuk segala kejutan dan doa untuk saya, di hari lahir saya tahun ini.
Allah sayang semua .. RAA,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibu radin ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Dalam perkembangan lain, Radin bakal muncul menerusi program terbaru anjuran Media Hiburan yang diberi nama MHthrowback.
Program MHthrowback dijadualkan akan ditayangkan pada penghujung Mac ini menerusi saluran Astro Prima dan Astro On Demand.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi ruangan komen, ada peminat yang turut bertanya mengenai masalah sama dan mendapat jawab balas dari bintang berkenaan.
Terdahulu, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz sebelum ini menerusi perkongsian di Instagram ada memaklumkan, bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 6.15 petang.
Foto: Instagram Raja Farah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi hubungan antara bintang filem terkenal Hollywood, Tom Cruise dan pelakon wanita jelita, Ana de Armas, kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya dilihat berpegangan tangan...