Pelakon drama rantaian Isteri Dalam Sangkar, Nina Iskandar mengakui dia tidak terlalu ambil pusing mengenai pandangan ramai apabila bercakap mengenai figura badannya yang dikatakan naik selepas tamatnya drama Cinta Bukan Kristal bulan lalu.

Malah kongsinya kepada MH, dia tidak terlalu risau kerana berat badannya cepat naik dan cepat turun, bergantung kepada menu makanan yang diambil.

“Saya seorang yang menggemari makanan dan saya tidak berapa kisah sangat soal berat badan sebab badan saya jenis yang cepat naik dan cepat turun,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dirinya sedar atau tidak berat badan semakin bertambah, pelakon asal Brunei ini mengakui hakikat berkenaan.

IKLAN

“Saya memang sedar badan saya naik. Malah kalau ada yang tegur pun saya tak ambil port, tak kisah. Saya sendiri akan tahu bila masanya saya akan diet dan saya akan berbuat demikian.

 

“Kalau saya rasa mahu diet, ketika itulah saya akan kekal dengan mengambil menu tertentu untuk turunkan berat badan. Kadang-kadang ia bergantung juga pada mood. Saya selesa begini,” jelasnya yang mendukung watak Aishah menerusi drama Isteri Dalam Sangkar yang bakal menemui penonton 17 Oktober depan.

Selain Nina, turut sama beraksi di dalam drama yang bakal bersiaran menerusi saluran 116 di Hypp Sensasi itu ialah Azrel Ismail.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Boi7V-vnDt-/?hl=en&taken-by=ninaiskandar

IKLAN

Foto: Instagram Nina Iskandar

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI