Kahwin Lain Tak Akan Selesaikan Masalah – Edika Yusof

Edika Yusof merupakan seorang pelakon dan peragawan terkenal suatu ketika dahulu yang mempunyai wajah tampan dan digilai oleh gadis-gadis.

Namun ada satu ketika Edika telah menyepi dalam industri seni dan ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya pelakon dan peragawan tersebut.

Baru-baru ini terdapat sebuah video yang telah dikongsikan di internet. Video tersebut merakamkan Edika Yusuf ditemuramah oleh sebuah siaran radio dan dia telah menceritakan kemana hilangnya dia selama ini.

Edika menceritakan bahawa dia bukan menghilangkan diri namun hanya memencilkan dirinya dan pada masa itu dia sudah berkahwin.

IKLAN

“Selepas dua tahun berkahwin, jadi perkara besar berlaku terhadap hidup saya kerana isteri saya jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan.

 

“Dia juga mengalami stroke, tidak boleh mendengar dan tidak boleh bercakap,” ujarnya.

Katanya lagi, memori isterinya juga turut terganggu dan banyak peristiwa yang tidak dia ingat.

Pada masa itu, Edika berkata dirinya tidak stabil dan fikirannya juga keliru dengan apa yang telah menimpa dirinya dan dia juga mempersoalkan kenapa perkara itu terjadi kepadanya.

Dia ingin berkongsi kisah sedihnya ini dengan seseorang dan jalan yang dipilihnya adalah berkongsi dengan Sang Penciptanya.

“Jadi daripada situ saya mendapat hidayah untuk kuatkan diri saya bagi menempuh segala apa yang akan berlaku.

 

“Saya tidak pernah anggap isteri saya seorang OKU atau seorang yang lumpuh. Saya anggap isteri saya seperti seorang manusia biasa,” ujarnya lagi.

Sikap kuat isterinya itu membuatkan isterinya kadang-kadang tidak sedar bahawa dia sedang lumpuh.

Ada rakan-rakan dan juga keluarga yang bertanya kepadanya kenapa tidak mahu berkahwin lagi dan dia menjawab kahwin lagi tidak akan menyelesaikan masalah.

IKLAN

“Mungkin isteri kedua tu pun akan sakit atau lumpuh jadi berapa wheelchair saya nak jaga.

 

“Ada yang satu ni pun Alhamdulillah,” jawabnya kepada soalan tersebut.

Bagi Edika ini adalah merupakan cabaran hidupnya yang sudah ditentukan oleh yang Maha Esa dan dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Besar sungguh pengorbanan Edika sebagai seorang suami terhadap isteri yang sangat dicintai. Semoga lelaki-lelaki di luar sana menjadikan Edika sebagai contoh untuk menjaga keluarga dengan sepenuh hati.

Sumber: Youtube Sinar Fm