Penyanyi terkenal, Ziana Zain berbesar hati apabila organisasi perancang kewangan, CSA Academy sudi menjadi penaja utama bagi Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadualkan bakal berlangsung 24 Mei depan.

Menurut Ziana, dia menghargai jasa pihak CSA Academy kerana merealisasikan impiannya selepas kali terakhir mengadakan konsert solo pada 23 tahun lalu.

“Kadang Kita Belanja Tak Padan Dengan Hutang,” – Ziana Zain Duta CSA Academy, Penaja Utama Konsert Solo

Pada masa sama, penyanyi lagu Putus Terpaksa ini juga menyifatkan pemilihannya sebagai duta jenama itu sebagai satu pengiktirafan yang sangat besar.

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.

IKLAN

“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak,” katanya.

“Kadang Kita Belanja Tak Padan Dengan Hutang,” – Ziana Zain Duta CSA Academy, Penaja Utama Konsert Solo “Kadang Kita Belanja Tak Padan Dengan Hutang,” – Ziana Zain Duta CSA Academy, Penaja Utama Konsert Solo

Katanya lagi, dia juga bersedia untuk berkerjasama dengan pihak CSA Academy memupuk kesedaran mengenai gaya hidup bebas hutang.

IKLAN

“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.

“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, pengasas dan Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong menyifatkan Ziana sebagai calon terbaik kerana integriti, kredibiliti dan semangat juang yang ada dalam dirinya seiring dengan matlamat CSA Academy.

“Kadang Kita Belanja Tak Padan Dengan Hutang,” – Ziana Zain Duta CSA Academy, Penaja Utama Konsert Solo “Kadang Kita Belanja Tak Padan Dengan Hutang,” – Ziana Zain Duta CSA Academy, Penaja Utama Konsert Solo

“Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.

“Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI