Kisah perkahwinan antara gadis Inggeris berasal dari England, Polly Alexandria Robinson dengan suaminya,Nur Khamid dari Muntilan, Indonesia menjadi viral di media sosial beberapa hari lalu.
Meskipun usia perkahwinan mereka belum mencecah dua minggu,namun Polly terpaksa kembali semula ke negara asalnya untuk melanjutkan pelajaran.
“Anda tahu itu cinta sejati ketika, tidak peduli seberapa jauh jaraknya, dia masih bisa membuat Anda tersenyum.
“Saya sangat bersyukur atas setiap momen yang dihabiskan bersama anda dan saya bangga kembali ke tanah air untuk menyelesaikan tahun terakhir universiti.
“Saya tahu itu akan membantu menciptakan sesuatu yang indah di masa depan kita. Aku mencintaimu Suamiku,” tulis Polly di ruangan kapsyen.
Ads
Dalam pada itu, Polly turut berterima kasih kepada warga Indonesia kerana menerima kehadirannya di negara tersebut.
“Terima kasih Indonesia, Anda telah menjadi bagian (sebahagian) dari petualangan (kekuatan)bersama kami.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata mengucapkan tahniah di atas kejayaan Polly dalam pengajian dan mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia selamanya.
Ads
Untuk rekod, Polly, 21 tahun dan Nur, 26 tahun telah diijabkabulkan pada 16 Disember lalu beserta hantaran iaitu set telekung, cincin dan beberapa kelengkapan lain.
Usahawan, Erni Dekritawati atau lebih sinonim dengan sapaan Rita kini sedang berliburan di Amerika Syaikat.
Percutian tersebut turut disertai ahli keluarganya yang lain, termasuk suami dan anak-anak.
Berkongsi foto sekitar percutian mereka di negara Uncle Sam itu, anak kepada Allahyarham Datin Sosilawati Lawiya itu juga ada berkongsi kenangan terindah, tiba-tiba terserempak dengan Diva Pop, Beyonce!
Perkongsian berkenaan dimaklumkan Rita menerusi sepotong video yang dimuat naik menerusi Instagram.
Kongsinya, Beyonce dan suami Jay-Z berselisih sebelahnya kepada berliburan di kawasan riadah, Central Park. Malah, dia sempat memberikan ucapan selamat menyambut Krismas kepada pasangan tersebut dan ia turut disambut dengan ucapan sama!
“The best Christmas ever when Beyoncé and jay-z lalu sebelah I masa jalan Kat Central Park.. and I sempat say hi and wish “Merry Christmas” and both of them replied merry Christmas back!
“The worst part tak boleh tangkap gambar coz dia bawak anak perempuan dia ( bodyguard kiri kanan) .. but anyway I never imagined boleh jumpa Beyoncé dekat park… the close it’s like so close capai tgn jer dah boleh pegang dia.. ooommggg it’s lifetime memories.. . . .
Kitaorg sempat record video nie jer.. and yg paling dekat.. seriously I xboleh tido till now, dah pukul 2 pagi yer Kat sini,” tulisnya.
Aduhai, bertuahnya Rita apabila dapat bertemu dengan bintang dunia. Bukan senang ya untuk bersua secara tiba-tiba dengan selebriti bertaraf A di Hollywood, siap dapat berbalas teguran lagi!
Apa pun, jom usha beberapa momen cuti-cuti Rita dan famili di Amerika Syarikat.
Bersempena dengan hari ketujuh kelahiran anak ketiga beberapa hari lalu, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya memperkenalkan nama bayi perempuannya itu kepada para peminat.
“Alhamdulillah harini genap hari ke 7 my little princess… jadi dikesempatan harini hari ke 7.. sy perkenalkan dulu namanya yer, NAMA- NURAFRINA AYRA. Tarikh lahir – 15/12/2018
Ok done,” tulisnya.
Almy bagaimanapun hanya akan memuat naik foto penuh wajah anak perempuannya itu selepas selesai pantang selama 44 hari.
“Pic penuh sy akan diupload oleh mama @ papa lps 44hari pantang… jd uncle n aunty sabar dan jgn dok nak kecam2 bagai k… sabar,” tulis Almy lagi.
Untuk rekod, bekas peserta Dewi Remaja ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 lalu dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.