Selepas mencipta sukses dalam dunia lakonan, kini aktor Sharnaaz Ahmad optimis melibatkan diri dalam bidang perniagaan ais krim yogurt popular, Hello.

Sudah pun mempunyai lima cawangan, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui pembukaan cawangan terbaharu jenama itu di Mahkota Parade, Melaka baru-baru ini begitu sentimental kerana ia sebagai hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38.

“Jujurnya tak sangka Hello melangkah sepantas ini. Dalam tempoh beberapa bulan saja, ia sudah mempunyai lima cawangan dan bakal membuka 80 cawangan lagi di Malaysia dan Indonesia.

“Cawangan keenam saya bakal dibuka dalam masa terdekat. Lokasinya sangat dekat di hati saya.

“Malah pembukaan Hello di Mahkota Parade ini juga merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38 pada 30 Ogos lalu,” katanya.

IKLAN

Pelakon filem Polis Evo 3 itu juga terharu dengan sokongan peminat yang sekaligus membawa kepada kejayaan jenama itu untuk dikenali.

“Saya percaya ada peminat yang sentiasa menantikan Hello dibuka di negeri kelahiran mereka. Insya-Allah Hello akan menembusi di seluruh pelusuk negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia,” katanya.

“Jujurnya Tak Sangka…,” – Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt, Cawangan Kelima Hadiah Hari Jadi Ke-38 “Jujurnya Tak Sangka…,” – Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt, Cawangan Kelima Hadiah Hari Jadi Ke-38 “Jujurnya Tak Sangka…,” – Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt, Cawangan Kelima Hadiah Hari Jadi Ke-38 “Jujurnya Tak Sangka…,” – Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt, Cawangan Kelima Hadiah Hari Jadi Ke-38

IKLAN

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali menjelaskan, selepas membuka lima cawangan, Hello kini dalam fasa menembusi pasaran di Malaysia dan Indonesia selepas menerima permintaan tinggi.

Matlamat Hello menjadi jenama francais frozen yogurt Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabanga sekaligus menjadi jenama frozen yogurt nombor satu di dunia.

IKLAN

“Kami menerima maklum balas yang begitu positif daripada pelanggan dari seluruh negara. Malah ada yang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mendapatkannya.

“Justeru kami sedang giat mencari lokasi lain di seluruh Malaysia dan Indonesia untuk membuka cawangan seterusnya. Kami yakin jenama ini akan menjadi jenama aiskrim berasaskan yogurt nombor satu dalam masa terdekat”, katanya lagi.

Aliza menambah, Hello juga menyasarkan untuk membuka 80 cawangan di Malaysia dan Indonesia sekaligus membuka 800 peluang pekerjaan baru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI