Demi menghormati sambutan Maulidur Rasul, Konsert Milenia yang dijadualkan berlangsung pada 30 September ini, ditunda ke satu tarikh baharu.

Masih mengekalkan Stadium Malawati Shah Alam sebagai venue konsert, penganjur telah memilih 25 November 2023 sebagai tarikh baharu selepas mengadakan perbincangan dan  mencapai persetujuan bersama dengan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam berkaitan perkara ini.

Pihak penganjur, Mission Sight Sdn Bhd  menghargai pandangan dan nasihat dari pihak atasan Majlis Bandaraya Shah Alam tentang perkara ini.

Pengarah Urusannya, Jeffri Yaacob berkata, sudah menjadi tanggung jawab penganjur agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan dapat menjaga keharmonian semua pihak.

“Diharap dengan penundaan Konsert Milenia ke tarikh yang lebih sesuai dapat membuka ruang kepada lebih ramai lagi penonton untuk sama-sama memeriahkan acara ini bersama-sama dengan kami.

“Tambahan lagi, kami juga bercadang untuk mengadakan Muzik Milenia Food Festival selama empat hari berturut-turut di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bermula pada 23 hingga 26 November 2023. 

“Pihak kami sedang merangka strategi untuk menyediakan pelbagai acara yang dibarisi oleh selebriti, TikTokers dan usahawan tempatan.

“Justeru itu, kami berbesar hati ingin mempelawa TikTokers, vendor-vendor makanan atau produk viral tempatan termasuk Indonesia untuk menyertai festival ini.

IKLAN

“Ia secara tidak langsung dapat mencapai objektif kami untuk mengukuhkan kerjasama di antara dua negara iaitu, Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Konsert Dangdut Skala Mega Ditunda Ke 25 November, Hormati Sambutan Maulidur Rasul

Dalam pada itu Jeffri berharap agar penundaan tarikh konsert ini juga dapat memberi peluang pemasaran lebih meluas kepada Konsert Milenia.

“Kami juga berharap agar dapat menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia ke negara ini. Siapa tahu Konsert Milenia dimasukkan ke dalam itinerari percutian hujung tahun mereka,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, konsert ini menjadi tular kerana dinamakan sebagai ‘Konsert Goyang Asia Koplo Milenia’, telah mengundang persepsi negatif segelintir masyarakat.

Prihatin dengan isu tersebut, penganjur telah melakukan penjenamaan semula dengan menukarnya kepada ‘Konsert Milenia’, yang dilihat lebih universal sekaligus menghapuskan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat.

“Kami sedar genre dangdut sering mengundang persepsi negatif sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan masyarakat disebabkan tarian gelek dan aksi seksi yang dianggap mencolok mata dan lucah.

“Persepsi sedemikian timbul mungkin disebabkan orang kita sudah terbiasa disajikan dengan persembahan dangdut dan gelek di Indonesia. Di Malaysia, kita ada garis panduan yang perlu dipatuhi dan segala terma serta syarat penganjuran konsert Milenia ini telah ditapis oleh 14 agensi di bawah PUSPAL.

IKLAN

“Garis panduan yang disediakan juga tegas iaitu, tidak membenarkan para artis yang membuat persembahan mengenakan pakaian seksi dan terdedah, persembahan tidak menonjolkan unsur-unsur lucah seperti bergelek berlebihan dan mencolok mata serta yang boleh memberi impak negatif,” katanya.

Objektif penganjuran konsert ini adalah untuk memartabatkan muzik dangdut di Malaysia yang selama ini dipandang sebagai genre muzik kelas kedua.

DJ Dugem popular iaitu, DJ ACE dan DJ Bob Arjuna turut diundang untuk memeriahkan lagi malam konsert dengan persembahan muzik berirama Dugem yang sedang menjadi trending di TikTok.

Malah untuk memberikan persembahan yang lebih varisi, Mission Sight Sdn Bhd juga sedang mencari mencari seorang penyanyi lelaki dari Malaysia atau Indonesia yang bersesuaian untuk menyampaikan lagu-lagu Rock Dangdut.

Layari media sosial rasmi Konsert Milenia bagi mendapatkan tiket.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI