Bintang muda yang kian diminat sejak muncul menerusi drama bersiri Kampung People, Hun Haqeem mendedahkan dirinya tidak menolak andai bertemu jodoh dan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah katanya seperti yang dipetik mStar, dirinya percaya akan takdir hidup yang telah ditentukanNya selain percaya pada rezeki andai sudah mendirikan rumah tangga selepas ini.
“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah. Selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.
“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.
“Lagipun banyak faedah berkahwin ketika usia masih muda ni, antaranya fizikal saya masih mampu untuk menyara keluarga dan membesarkan anak-anak,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai soal teman hidup serta ciri wanita, pelakon berusia 22 tahun ini tidak meletakkan sebarang target usia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay… saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya.
“Tentang umur saya tak kisah jika dia lebih berusia sekalipun, asalkan pasangan itu matang dalam perhubungan. Tapi buat masa ini saya masih single lagi ya… belum jumpa ciri-ciri itu!
“Sejujurnya, di laman sosial ramai yang cuba-cuba tackle tapi saya anggap itu hanya gurauan dan saya layan saja usikan mereka,” terang Hun.
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
“Buatlah status yang baik saja. Siapa tahu itu status terakhirmu.” Demikian status terakhir yang dimuat naik sahabat Pencetus Ummah (PU) Amin iaitu Mohd Allamah apabila disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pagi tadi.
Menerusi perkongsian Amin, dia memuji sifat Allahyarham seorang yang mendalami ilmu agama selain rajin mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran
“Selamat berangkat ke Negeri abadi wahai Allamah . Allamah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan di lebuhraya Seremban.
“Dia seorang hafiz quran, tinggi ilmunya, dia boleh baca Al Quran dengan qiraat yang berbeza, ilmu quran dia memang power. Moga Ustaz Allamah berbahagia di Syurga Allah.
“Selamat berehat duhai sahabat. Allah janjikan rehat dalam kubur dan akhirat bagi penghafal quran,” tulisnya.
Amin turut mendedahkan, hubungan perkenalannya bersama Allahyarham bagaikan adik-beradik ketika sama-sama menuntut ilmu di Mesir.
“Allamah adalah sahabat saya semasa di Azhar Mesir dahulu . Dia tua 2 tahun dari saya , gurau senda kami seperti adik beradik.
“Di Azhar Mesir dia ambil Ijazah Sarjana Muda Qiraat Hafiz Quran di Al Azhar . Balik ke Malaysia dia bertugas sebagai imam di salah satu surau di Negeri Selangor,” kongsinya.