A post shared by Atikah Suhaime (@therealatikahsuhaime) on Sep 14, 2019 at 7:12pm PDT
Dalam pada itu, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh bintang kelahiran kota Singapura.
Ads
Untuk rekod, Atikah pernah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Awi Rafael pada 22 Mac 2018 bagaimanapun pasangan ini telah memutuskan tali pertunangan pada 14 Mac 2019.
Konsert Big Stage 2019 minggu ketiga nyata memberi kejutan buat penonton apabila salah seorang pesertanya, Aziz Harun mengumumkan untuk menarik dari terus bersaing bersama para peserta lain.
Pengumuman yang didedahkan Aziz secara langsung nyata mengejutkan ramai pihak, hingga ada yang membuat pelbagai spekulasi memandangkan persembahan Aziz Harun di Big Stage setakat ini kerap mendapat komen pedas para juri.
Bagaimanapun, ketika ditemui, Aziz sejujurnya sudah berfikir untuk menarik diri dari terus memberi saingan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.
Jelasnya kepada MH, keputusan dibuat kerana dirinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, 23 September depan.
“Sejak sekian lama memohon sejak awal tahun ini, akhirnya permohonan saya diterima untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Business Economics di Nowrish University of East Anglia, United Kingdom.
“InsyaAllah saya akan berangkat ke London pada pertengahan bulan ini memandangkan kuliah akan bermula 23 September depan,” katanya.
Ditanya sejauh mana kesungguhannya dalam menyertai program realiti Big Stage kerana menarik diri di pertengahan saingan, hingga ada yang mendakwa dirinya seakan-akan memperlekehkan kredibiliti program, Aziz ada jawapannya sendiri.
“Memang sejak awal ketika sertai Big Stage saya mahu buat yang terbaik dan cuba sehabis yang termampu. Malah saya sendiri mahu buktikan kebolehan dalam plaftrom inidan mencuba benda baru.
“Akan tetapi secara tiba-tiba impian lain yang saya cita-citakan turut hadir dan buatkan saya keliru untuk pilih mana satu,” jelas Aziz yang tidak pernah menyangka dia akan menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian pada ketika ini.
“Saya dapat tawaran tersebut awal minggu dan apa yang saya perkatakan sejurus membuat persembahan adalah emosi yang mengawal diri pada ketika itu,” jelasnya lagi.
Menjawab kritikan netizen yang menyifatkan penyertaannya hanya ‘buang masa’ kerana bertanding dan kemudian menarik diri, peserta asal Brunei ini menjelaskan, dirinya tidak akan sertai Big Stage andai tahu akan keluar ketika saingan.
“Saya tak akan sertai Big Stage kalau tahu saya akan ‘keluar’. Saya tak akan permainkan reputasi saya yang sudah beberapa minggu berapa di kedudukan tiga tercorot.
“Sebelum ini saya pun tidak tahu akan dapat tawaran kerana permohohan dihantar sejak awal tahun. Bahkan saya pernah juga hantar permohonan, tetap ia ditolak.
“Lalu bila tawaran kembali hadir, tak kan saya ingin tolak. Ibu bapa juga lebih gemar kalau saya sambung pengajian,” kata Aziz menjelaskan situasi.
Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata yang pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira, terselamat.
Dinda yang mempersembahkan lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita kekal dalam saingan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aziz.
Terdahulu, bintang ini ada memuat naik status di Twitter yang seakan membayangkan persembahannya malam tadi di Big Stage adalah yang terakhir buatnya.
Big Stage ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hos program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48, Rabu lalu.
Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Sheila menerima hadiah dan ucapan dari salah seorang anak lelakinya, Uzair Haqimy.
“Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words Love u too much son #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Mencabar diri dalam aktiviti lasak, pelakon Azhan Rani berkongsi pengalamannya mendaki Everest Base Camp di Nepal, baru-baru ini.
Kongsi pelakon drama Nur itu, ekspedisi tersebut bermula pada 31 Ogos lalu, sampai ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu.
“Perkara pertama yang saya fikir ketika sampai di puncak pendakian itu adalah rasa syukur dan mula rasa menginsafi diri.
“Banyak perkara yang saya lihat sepanjang perjalanan ke puncak, saya lihat ribuan golongan hidup dalam serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan di situ.
“Mereka tidak mempunyai kemudahan dan kelengkapan seperti kita, kereta pun mereka tidak pernah naik, malah ada yang tidak pernah melihat kereta,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran filem Motif di E-Curve, Damansara pada Khamis.
Dalam pada itu, Azhan turut menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapainya seperti berasa loya, muntah-muntah dan hilang selera makan sepanjang pendakian tersebut.
“Saya ada mengalami muntah lebih kurang sebanyak sebelas kali, sembilan kali ketika mendaki, dan dua kali ketika turun, namun saya bersyukur dan gembira kerana berjaya pacakkan bendera Malaysia di atas puncah,” jelasnya.
Filem Motif mengisahkan seorang gadis yang mati dalam keadaan misteri lakonan hebat hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.
Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.