Kalau tidak bertanya soal jodoh terhadap penyanyi Siti Nordiana, memang tidak sah.
Masakan tidak, sejak berpisah dengan bekas suami, Allahyarham Mohd Faizal Yusup lebih 10 tahun lalu, bintang yang mesra disapa Nana ini masih belum temui cinta sejati.
Lalu buat kesekian kalinya, pemenang Artis Top Top MeleTop Wanita ini sekali lagi ditanya mengenai isu sama, tetapi kali ini apakah pendiriannya andai bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda darinya.
“Tak pasti. Tapi nanti umur saya 50, dia baru 40. Kita sudah kertu, macam mana? Tapi itu semua kuasa Dia. Kalau jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda, saya terima sajalah,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya sama ada dia masih fikirkan soal jodoh yang belum sampai, penyanyi ini punya jawapan sendiri.
“Belum lagi fikir. Sebab kalau saya mahu berkahwin untuk kali yang kedua, saya memang mahu ia kekal hingga ke jannah. InsyaAllah. Malah saya juga perlu buat persiapan fizikal dan mental.
“Kalau sudah kahwin, saya memang mahu fokus pada rumah tangga. Sebab kita sudah tahu dan punyai anak kecil bagaimana situasinya. Jadi saya memang kena perbaiki dan persiapkan diri. Orang tua pun tak adalah bising tanya bila mahu kahwin,” kongsinya lagi.
Meskipun kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu ke-38 masih segar, penyanyi Aina Abdul akui penat apabila kemenangannya itu sering kali dipertikaikan dan dibanding-bandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain.
Menurut Aina, dia tidak dapat mengawal segala tindak tantuk orang luar terutamanya buat segelintir pihak yang dilihat cuba melaga-lagakannya dengan rakan seangkatan, Ernie Zakri.
“Saya memang tak dapat lari. Setiap kali habis AJL, keesokkannya, perasaan gembira itu tidak bertahan lama. Saya sepatutnya tidak perlu terkesan dengan komen-komen netizen tapi saya hanya manusia biasa.
“Ernie juga merupakan kawan saya. Setiap kali saya dibanding-bandingkan, saya akan cuba menukar perasaan itu dengan mengingati perkara-perkara yang indah sahaja.
“Itu juga yang akan saya buat bila rasa sedih,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Hidup itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen Amber x Anna Jobling yang berlangsung di The Estate, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Aina turut berbangga dengan persembahan Ernie pada malam AJL38 yang lalu.
“Pada saya, pada malam itu, Ernie telah melakukan persembahan dengan sangat baik. Saya tak tahu fasal orang lain tapi saya sayang Ernie sebagai seorang sahabat.
“Saya bangga dengan apa yang Ernie lakukan di atas pentas. Dia juga merupakan antara sahabat rapat dalam industri dan dalam hidup saya.
“Saya tahu susah payah dan semangat Ernie untuk bertanding di AJL38 walaupun dengan apa yang terjadi ketika pusingan separuh akhir. Dia memang nak sangat berada di AJL38,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kemenangan besar pada malam tersebut tidak membuatkan dirinya berasa hebat daripada orang lain.
“Peminat boleh bandingkan kami tapi saya tak boleh buat apa-apa. Dalam pertandingan, saya hanya fokus kepada diri sendiri. Saya ada tanggungjawab.
“Bila saya diberikan kemenangan atau mendapat anugerah vokal terbaik, itu tak bermaksa saya lebih bagus daripada orang lain. Ini adalah rezeki yang Allah bagi.
“Ernie bagus dengan caranya tersendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aina akui penat dengan berbandingan ini dan dia sebenarnya mahu bersama dengan Ernie untuk menaikkan industri muzik tempatan ke tahap yang lebih tinggi.
“Sudah tentu saya agak penat juga. Saya nak wujudkan ekosistem yang baik. Saya nak buang ideologi dua penyanyi perempuan mesti kena bersaing.
“Setidaknya saya cuba untuk buang perkara itu. Saya sangat hargai Ernie dan saya harap dia pun gembira bila dapat buat persembahan dengan saya.
“Kami cuba bawa positiviti dalam industri. Mulut orang luar yang bercakap perkara negatif, mereka buat fans sebenar?” akhirinya.
Terdahulu, AJL38 sememangnya malam yang bermakna buar Aina selepas memanangi tempat ketiga, Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Rani Mukerji baru-baru ini berkongsi satu fakta dan momen yang cukup melucukan pernah dihadapinya saat menjalani proses penggambaran.
Dalam satu temubual Galatta Plus Mega Pan India Roundtable 2023 bersama rakan-rakan selebriti yang lain, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi dia pernah diusung ke dalam kereta kerana tidak mampu bergerak.
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005.
“Saya memakai sari merah dalam lagu itu, dan saya sebenarnya terkaku. Saya tidak boleh berjalan. Dan salah seorang sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayan Mukerji, dia terpaksa usung saya ke kereta, kerana saya telah beku,” ujarnya.
Hal itu terjadi kerana mereka perlu melakukan penggambaran ketika suhu di luar adalah -14 darjah selsius tetapi Rani hanya mengenakan helaian sari nipis agar selari dengan konsep filem yang diketengahkan.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, jika penonton benar-benar mengamati babak ketika lagu tersebut dimainkan dalam filem itu, bibirnya seolah-olah tidak bergerak saat melakukan lip-sync.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perasan atau tidak, fenomena Kpop semakin menular di Malaysia. Sana-sini ada sahaja geng-geng yang ‘gilakan’ muzik kpop ini.
Bukanlah bermaksud ia adalah satu yang perkara tidak baik memandangkan setiap orang ada citarasa mereka masing-masing kan?
Namun, tidak hanya terhad pada netizen,para selebriti juga dilihat ada yang dikatakan ada iras-iras Kpop ini sama ada dari paras rupa ataupun stail mereka.
Apa-apapun, jom lihat artis mana yag dikatakan macam Kpop ini!
Alvin Chong
Mempunyai raut wajah seakan-akan warga Korea Selatan, Alvin memang sering kali dikaitkan seperti artis Kpop ini.
Aiman Hakim Ridza
Sebuah foto Aiman sebelum ini dikatakan mempunyai wajah seakan-akan artis Kpop.
Nazim Othman
Nazim sememangnya diketahui ramai terhadap minatnya kepada Kpop ini Lihat sahajalah dari segi pemakaian, dan stail yang dibawakannya. Kpop habis!
Sean Lee
Sama seperti Alvin, Sean juga mempunyai raut wajah jambu dan kacak seakan-akan sama dengan orang Korea Selatan.
Aeril Zafrel
Sebelum ini, Aeril pernah ditahan untuk bergambar semasa bercuti di negara Kpop. Ternyata, orang sana pun mengakui ketampanan Aeril kan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.