Selepas tiga tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pekerja sebalik tabir yang juga usahawan, Puteri Lily Lokman akhirnya kembali mengecap kebahagiaan apabila selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya, Azri Musa pada 14 Februari lalu.
Menurut Puteri Lily, keputusan untuk berkahwin semula bukanlah sesuatu yang dibuat secara terburu-buru.
Sebaliknya, dia mengambil kira pelbagai aspek, termasuk perasaan anak-anak serta hakikat bahawa dirinya sudah terbiasa hidup berdikari.
“Setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya saya kembali punyai pasangan hidup. Sejujurnya, bukan mudah nak buat keputusan kerana mungkin sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri.
“Dan bukan senang juga untuk Ara Aziz menerima orang baharu dalam hidup kami tapi alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
Ads
“Jodoh datang dalam waktu yang kita tak sangka,” tulisya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
Mohon Doa Yang Baik-Baik
Dalam masa sama, ibu kepada penyanyi cilik, Ara Aziz ini turut meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan semula dengan jodoh.
Dia juga berharap agar perkahwinan yang dibina dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Ads
“Sempena berkat bulan Ramadan, saya mohon doakan yang terbaik buat keluarga kecil kami. Semoga perjalanan baharu ini membawa bahagia untuk saya dan anak-anak.
“Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam majlis yang serba sederhana ini. Saya sayang semua,” kongsinya lagi.
Nama pelakon Zarynn Min menjadi perhatian apabila wajahnya dikatakan terlalu kerap muncul dalam pelbagai drama sehingga dilabel ‘bersepah’ di kaca televisyen.
Bagaimanapun, Zarynn menjelaskan, penglibatannya dalam sesebuah drama adakalanya berlaku tanpa dirancang.
Menurutnya, ada situasi tertentu yang memerlukan dia membantu pihak produksi pada saat-saat akhir, khususnya apabila pelakon tambahan gagal menjayakan sesuatu babak dengan baik.
“Dalam isu ini, ada juga yang mempertahankan saya. Saya kerap dipilih oleh pihak produksi mungkin disebabkan faktor disiplin dan kualiti lakonan saya. Sejak dahulu lagi, saya memang tiada kontroversi.
“Saya hanya tahu bekerja sahaja. Saya sebenarnya selalu menjadi penyelamat pihak produksi. Ada kalanya, saya tidak terlibat di dalam sesebuah projek drama.
“Bila mereka menggunakan pelakon tambahan, ada diantara mereka yang gagal untuk membawakan watak yang diberikan. Jadi, mereka terpaksa meminta bantuan saya tetapi dengan bayaran yang betul.
“Secara tidak langsung saya terlibat di dalam drama itu untuk menyelamatkan pihak produksi daripada pelakon-pelakon kayu,” katanya kepada MH.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan tayangan perdana filem Amira Amir, baru-baru ini.
Mengulas mengenai label ‘bersepah’ yang diberikan kepadanya, Zarynn menegaskan dia tidak mengambil komen tersebut secara negatif.
Katanya, bidang lakonan sudah sebati dalam hidupnya sejak kecil dan menjadi minat serta jiwanya.
“Secara peribadi, saya tidak tersinggung. Perkataan bersepah itu hanyalah ‘slang’. Ada kalanya drama-drama lakonan saya sejak beberapa tahun yang lepas ditayangkan semula.
“Sebab itu penonton selalu nampak wajah saya. Lagipun, saya tak pernah buat hal. Wajah saya kerap muncul di kaca tv tapi orang tak kenal nama saya.
“Saya tak kisah pun kerana lakonan ini memang minat dan jiwa saya,” ujarnya lagi.
Walaupun begitu, Zarynn tidak menafikan wujud rasa bimbang sekiranya persepsi tersebut memberi kesan terhadap penilaian pihak stesen televisyen pada masa akan datang.
“Bila ada yang kata wajah saya ‘bersepah’ dan kerap muncul di dalam drama, saya sebenarnya agak risau juga. Saya risau jika wajah saya ini sudah ‘overused’.
“Hal ini juga akan memberikan kesan kepada pihak stesen tv. Selapas ini, jika pihak produksi nak mencadangkan nama saya, mungkin mereka akan menolak dengan alasan penonton sudah jemu.
“Saya berharap dan berdoa agar hal seperti itu tidak terjadi,” akhirinya.
Zarynn merupakan antara pelakon yang membintangi filem terbaharu, Amira Amir bersama barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Sophia Albarakbah dan Feroz Khan.
Filem tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 26 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial dan selebriti, Amri Aziz dan Zarol Zarif mencipta kelainan sempena Syawal tahun ini dengan memperkenalkan The Fluffyss Bib Raya Collection, iaitu koleksi Bib raya kucing pertama di Malaysia.
Inisiatif ini tercetus demi memastikan kucing peliharaan lebih selesa ketika tanpa perlu memakai pakaian penuh.
Menurut Amri yang telah enam tahun membela kucing, setiap kali menjelang Hari Raya dia pasti akan menyediakan ‘baju raya’ buat lapan ekor haiwan kesayangannya itu.
“Sudah enam tahun saya membela kucing dan setiap kali raya semuanya pun ada ‘baju raya’ juga. Cuma saya perhatikan jika dipakaikan baju raya, kucing-kucing dilihat macam kurang selesa.
“Tetapi apabila dipakaikan Bib leher, kucing kelihatan tenang dan bebas bergerak. Jadi, timbul idea untuk mengeluarkan Bib leher khas untuk kucing sempena raya,” katanya.
Lebih menarik, The Fluffyss Bib Raya Collection diinspirasikan daripada konsep tradisional Melayu yang unik dan elegan.
Bagi kucing jantan (Male Bib), rekaan mengetengahkan konsep baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan samping songket serta songkok.
Manakala bagi kucing betina (Female Bib), koleksi ini menampilkan konsep kebaya lace dan songket peplum, disertakan dengan reben comel.
Sementara itu, koleksi sulung ini turut menampilkan dua selebriti terkenal sebagai ‘muse’, iaitu Ara Johari dan Wany Hasrita.
Pemilihan mereka dibuat berdasarkan karakter elegan dan anggun yang selari dengan identiti serta vibes yang dibawakan oleh The Fluffyss Bib Raya.
“Mereka berdua ialah pencinta haiwan dan sudah lebih 10 tahun berada dalam industri seni.
“Jadi, pelantikan mereka sebagai muse sangat bertepatan selain, meluaskan lagi promosi dan pasaran untuk produk raya kami,” ujar Amri.
Menerusi jenama The Fluffyss di bawah syarikat AMZZ Empire, Amri bersama rakan kongsinya, Zarol Zarif yang juga seorang penyanyi, mereka mensasarkan jualan sebanyak 10,000 unit The Fluffyss Bib Raya Collection.
“Kami pilih untuk fokus dalam perniagaan berkaitan dengan kucing kerana kami sendiri adalah pencinta kucing dan melihat tidak ramai peniaga yang menjual produk seumpama ini.
“Oleh itu, pesaing tidak ramai seperti mana perniagaan makanan atau pakaian. Pencinta kucing di Malaysia dan Singapura sangat ramai, jadi ketika kami mula jual produk berkaitan kucing pengikut teruja dan memberi sokongan.
“Kami yakin industri berkaitan kucing ini boleh pergi jauh. Perjalanan kami bermula dengan agak baik selain sambutan memberansangkan daripada pelanggan.
“Produk terbaharu ini juga diberi peluang untuk kolaborasi dalam kempen Ramadan Mega All Star di TikTok,” kata Zarol pula.
Koleksi Bib Raya ini dijual pada harga antara RM85 hingga RM99 dan boleh didapati menerusi kedai TikTok The Fluffyss atau melalui ejen yang dilantik.
Selain itu, produk ini juga bakal dipasarkan secara fizikal di Absolut Bazaar yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Mac depan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas bersiaran selama 22 episod, drama sensasi Impiana: Karma akhirnya melabuhkan tirai menerusi episod akhir yang penuh debaran, dengan menyusun kemas segala konflik, dendam dan rahsia yang selama ini membelenggu watak-watak utamanya.
Selepas beberapa episod terakhir yang sarat dengan permainan emosi dan plot twist, episod final tampil sebagai ‘penutup hutang’ apabila setiap pilihan yang dibuat sebelum ini akhirnya memakan diri.
Apa yang bermula sebagai peluang untuk mengubah hidup bertukar menjadi mimpi ngeri apabila janji manis Impiana terbukti bukan jalan mudah, sebaliknya sebuah perangkap yang menuntut bayaran mahal.
Malah, dendam kesumat yang selama ini disimpan oleh Mimi Monira yang dilakonkan oleh Ezzanie Jazny yang suatu ketika dahulu merupakan mangsa buli mental dan fizikal, nampaknya masih belum berkesudahan.
Sehingga ke episod akhir, Mimi nampaknya tidak pernah serik dan mengalah untuk memastikan The Wannababes hidup tersiksa.
Sepanjang 22 episod ini, penonton juga dapat menyaksikan perancangan rapi Mimi Monira yang mempergunakan syarikat Impiana milik seorang individu kehormat untuk membalas dendam terhadap setiap seorang ahli The Wannababes, termasuklah orang-orang di sekeliling mereka.
Episod akhir turut menekankan mesej utama drama ini, iaitu apabila impian dikejar tanpa batas, manusia sanggup hilang diri. Akhirnya, karma tetap datang menuntut bayaran.
Episod akhir ini bermula dengan konfrontasi di antara Mimi Monira dan Fasha (Che Puan Juliana Evans) yang agak menegangkan.
Fasha yang dilihat amat menyesali segala perbuatan lampaunya memohon kepada Mimi agar menghentikan segala perancangan dendam dan melepaskan kesemua rakan-rakannya daripada terus tersiksa.
Meskipun hatinya berbelah bahagi, Mimi bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan segala perancangan yang telah ditetapkan Impiana.
Dalam masa yang sama, Nana (Sharifah Haneesya) masih terperangkap sebagai tahanan penjara wanita, manakala Paie (Syazwan Razak) turut berada dalam tahanan selepas ‘dikambing hitamkan’ terbabit dalam kemalangan maut yang menyebabkan kematian ibu bapa Linda (Tiz Zaqyah).
Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda penonton. Adakah Mimi juga sebenarnya merupakan salah seorang peserta yang mendaftarkan diri dengan Impiana dan bukannya bekerja di syarikat misteri tersebut?
Episod kemuncak ini turut menyaksikan pertemuan diantara Mimi dan The Wannababes. Namun begitu, babak ini secara tidak langsung membuatkan penonton berasa sayu apabila didedahkan dengan pengalaman hitam yang terpaksa dilalui Mimi sepanjang menjadi mangsa buli ketika di sekolah.
Sepanjang tempoh tersebut, Mimi kerap mempersoalkan takdir tuhan yang menjadikan dirinya gemuk dan tidak diterima rakan-rakan sekolah.
Malah, dia juga masih terkesan dengan insiden kematian sahabat baiknya, Shazle, yang turut menjadi mangsa buli.
Ketika asyik meluahkan perasaan, Mimi tidak menyedari keadaan bangunan usang di sekelilingnya sehingga menyebabkan dia tergelincir.
Walaupun tangannya sempat disambut oleh The Wannababes, Mimi akhirnya memutuskan untuk melepaskan genggaman tersebut lalu terjatuh.
Apa yang menjadi persoalan, mayat Mimi didapati hilang dan masih tidak dapat ditemui di lokasi kejadian.
Selepas insiden itu, kesemua kegiatan Impiana terhenti dan seakan menyepi apabila operasi mereka kini berada dalam pemerhatian pihak polis yang diketuai oleh Amir (Nas-T).
Bagaimanapun, Fasha menerima mesej mengejutkan daripada nombor yang tidak dikenali yang memaparkan video memperlihatkan Mimi masih lagi hidup.
Dalam mesej tersebut, Mimi memberi amaran bahawa dendamnya masih belum berkahir dan dia mempunyai perancangan lebih khusus untuk menghancurkan The Wannababes.
Gambaran mengenai pulau terpencil itu turut menimbulkan tanda tanya. Lebih mengejutkan, Fasha secara sukarela menawarkan diri dengan mendaftar masuk ke Impiana untuk mencabar Mimi dan membatalkan segala ancaman yang diterima mereka selama ini.
Adakah ini menandakan bakal adanya Impiana: Karma musim ke-2? Sama-sama kita saksikan nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sekian lama menanti, penyanyi Wani Kayrie akhirnya mencipta momen peribadi di dalam kerjayanya apabila buat kali pertama berjaya mara diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.