“Lunara bakal menjadi seorang kakak. Keluarga kecil kami semakin bertambah dan kami kini bakal menjadi keluarga berempat,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Menerusi hantaran sama, pelakon drama Shah Alam 3000 ini turut berkongsi foto imbasan ultrasound buat tatapan umum.
Ramai Tumpang Syukur & Gembira
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain mendoakan agar Intan dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Ads
Berikut antara komen yang ditinggalkan netizen;
“Tahniah Datin, semoga dipermudahkan segala urusanmu.”
“Baby girl nak beranak lagi. Tahniah idola saya. Love you dan Lunara.”
Pelakon, To’ Puan Syamim Farid, mengakui tersentuh dengan pelbagai reaksi positif yang diberikan netizen susulan video yang memaparkan tangisan gembiranya selepas melihat foto ultrasound temannya yang sedang hamil di media sosial, baru-baru ini.
Menurut Syamim, setiap doa yang dititipkan membawa makna sangat besar buat dirinya secara peribadi.
“Sejujurnya saya tak sangka video saya menangis bila tengok ultrasound kawan saya akan jadi viral. Terima kasih kepada semua yang kirimkan doa buat saya.
“Saya baca satu per satu dalam diam dan saya sangat menghargai setiap doa itu. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan kebaikan yang berlipat ganda,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran program Dewi Remaja 2014/15 itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Syamim menjelaskan bahawa dia benar-benar gembira apabila insan terdekat dikurniakan cahaya mata dan tidak pernah berasa iri hati atau mudah tersinggung dengan perkara tersebut.
“Ada yang fikir topik ini mungkin sensitif untuk saya tapi sebenarnya tidak. Saya sudah sampai ke tahap reda. Saya percaya pada waktu yang Allah tentukan.
“Saya percaya pada perancangan-Nya. Apa yang tertulis untuk saya tidak akan pernah tersasar, dan apa yang terlepas daripada saya memang bukan ditakdirkan untuk saya.
“Saya benar-benar gembira bila kawan-kawan dan keluarga saya dikurniakan zuriat.
“Kadang-kadang saya antara orang pertama yang mereka beritahu dan saya raikan berita itu dengan hati yang penuh bahagia,” ujarnya.
Tambahnya lagi, soal zuriat diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT dengan hati yang tenang.
“Reda bukan bermaksud kita berhenti berharap. Ia bermaksud kita menyerahkan hasilnya kepada Allah dengan hati yang tenang.
“Bukan semua wanita akan terasa dengan kebahagiaan orang lain. Ada antara kita yang belajar untuk memegang harapan dan kebahagiaan dalam masa yang sama.
“Allah Maha Mengetahui. Dan itu sudah memadai,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Syamim mendirikan rumah tangga bersama Tengku Ezrique Ezzuddean pada 19 Mac 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Iman Troye, mengakui dia lebih selesa untuk membeli sendiri persalinan yang ingin digayakan, termasuk ketika menjelang musim perayaan.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, menjelaskan, tindakannya itu bukan kerana menolak tajaan daripada mana-mana jenama.
Sebaliknya, ia dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap produk pakaian tempatan.
“Kalau ada yang perasan, kebanyakan persalinan yang saya pakai ketika menjayakan muzik video atau membuat persembahan, saya akan beli sendiri.
“Tapi itu tidaklah bermakna saya tidak cenderung untuk sebarang penajaan busana, cuma saya cuba untuk menghargai setiap koleksi persalinan yang dikeluarkan, termasuk setiap kali menjelang raya.
“Sebab kalau saya tengok cantik, saya beli sebagai tanda sokongan,” katanya ketika ditemui pada katanya sempena majlis KWC Raya Fashion Show Wholesale, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada acara tersebut, Iman diundang untuk menyampaikan beberapa buah lagu popularnya, termasuk Pejam Celik Raya.
Mengulas lanjut, Iman mengakui dia juga tidak memilih jenama tertentu dalam soal pembelian pakaian.
Malah, pernah membeli baju raya berharga sekitar RM20 pada Ramadan tahun lalu.
“Waktu itu hanya beberapa minggu lagi nak raya dan ketika itu, kedai berkenaan ada menawarkan promosi untuk Baju Kurung.
“Asalkan ia selesa, cantik dan kelihatan sopan di mata saya, mengapa tidak?,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, KWC Fashion Wholesale turut meraikan kedatangan Ramadan dan Syawal menerusi Kempem Raya 2026 yang akan bermula pada 19 Februari ini.
Pengunjung berpeluang menikmati promosi KWC Beli & Tebus bermula tarikh tersebut. Dengan pembelian minimum, mereka boleh menebus pelbagai hadiah eksklusif seperti sampul raya edisi khas, bekas kaca serta tawaran menarik lain.
Sepanjang Ramadan juga, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan selebriti dan pelbagai hiburan menarik, sekali gus menjadikan pengalaman membeli-belah lebih meriah dan menghiburkan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Shiha Zikir kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Minta Ampun, sebuah karya tradisional sepenuhnya yang sarat dengan mesej mendalam.
Lagu ini mengangkat persoalan tentang keikhlasan dalam memohon maaf yang semakin menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Setiap hari, ungkapan maaf sering dilafazkan tanpa mengira tempat dan situasi. Namun, sejauh mana keikhlasan itu benar-benar lahir daripada hati dan bukan sekadar di bibir?
Persoalan inilah yang cuba diketengahkan Shiha menerusi lagu berkenaan, sambil mengangkat kembali adat Melayu lama yang menitikberatkan keikhlasan dalam setiap permohonan maaf.
“Zaman sekarang, memang ramai orang minta maaf tetapi kadang-kadang, tak dinafikan bahawa bukan semua yang meminta maaf itu ikhlas. Itulah teguran berbentuk sarkastik yang cuba saya sampaikan dalam lagu Minta Ampun,” kata Shiha.
Menurut pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 38, ini lagi, peluang menghasilkan lagu kolaborasi antara syarikat rakamannya, Shiha Zikir Empire bersama Sony Music Entertainment Malaysia disifatkan sebagai bagai pucuk dicita ulam mendatang.
“Syukur Alhamdulillah, tak dapat digambarkan rasa gembira apabila saya dapat melancarkan lagu tradisional penuh seperti ini.
“Sudah lama saya tunggu dan sebenarnya, sewaktu saya menyertai D’Academy Asia 2015 dahulu, saya ada minta tolong Allahyarham Pak Ngah untuk hasilkan lagu tradisional untuk saya, tetapi sayangnya tak sempat kerana Pak Ngah sudah dijemput Ilahi.
“Selepas itu saya terus mencari lagu tradisional yang sesuai hinggalah saya diberi naskhah yang digubah Hafiz Hamidun serta lirik oleh Fedtri Yahya ini, memang sangat sesuai dengan suara dan kehendak saya.
“Kalau nak tahu, waktu pertama kali saya diberi dengar demo lagu ini pun, saya terus jatuh cinta!, ” katanya lagi.
Shiha turut menjelaskan, proses untuk menyiapkan lagu ini juga sangat mudah.
“Saya cuma minta Hafiz menambah bahagian ‘dance break’ untuk saya tonjolkan lebih elemen tarian ketika mempersembahkannya.
“Selain bersemangat mengangkat irama tradisional dalam lagu ini, saya harap semua pendengar dapat mengambil teladan. Apabila kita meminta maaf, eloklah dibuat dengan ikhlas, Insya-Allah ia boleh meninggalkan kesan positif dalam kehidupan, ” ujarnya.
Menyentuh mengenai kerjasama bersama komposer Hafiz Hamidun, Shiha berpuas hati dan berharap kolaborasi itu dapat diteruskan pada masa hadapan.
“Sejujurnya, Hafiz sudah jadi salah seorang komposer kegemaran saya. Bukan apa, dia sangat senang untuk bekerjasama. Apabila saya memberi ‘input’ sebagai penyanyi, dia mudah menerima dan membuat sedikit ubah suai dalam lagu mengikut kesesuaian.
“Selain itu, Hafiz juga banyak membantu dari segi penggayaan vokal khususnya lenggok suara (kerana dia penyanyi nasyid yang pandai bertaranum dan menggayakan lenggok suara), jadi lebih mudah kerja saya, ” katanya lagi.
Ditanya sama ada lagu Minta Ampun menjadi titik permulaan untuk lebih banyak lagu tradisional sepenuhnya selepas ini, Shiha tidak menolak kemungkinan tersebut.
Malah, irama tradisional diakui sebagai cinta hatinya sejak kecil, dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Sharifah Aini serta irama Melayu Asli.
“Irama tradisional memang cinta hati saya. Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Allahyarham Dato’ Sharifah Aini dan lagu-lagu Melayu Asli. Saya ada impian untuk memiliki album yang memuatkan lagu-lagu tradisional.
“Jadi, saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kumpul lagu tradisional sebanyak yang mungkin.
“Bagaimanapun, saya tahu apa yang saya mahukan. Saya tidaklah berjanji semua demo lagu tradisional yang dihantar kepada saya akan diterima. Memanglah semua lagu-lagu itu sedap belaka, tetapi saya perlu juga pertimbangkan ikut kesesuaian serta cara nyanyian saya.
“Insya-Allah, saya mahu lebih fokus dengan lagu tradisional penuh seperti lagu Minta Ampun ini, itulah misi saya.
“Kalau genre campuran tradisional atau ‘fusion’, saya pernah buat dan ramai juga penyanyi lain yang muncul dengan lagu sebegitu. Jadi, eloklah saya meneruskan legasi lagu-lagu tradisional sepenuhnya, ” jelasnya.
Shiha turut berharap kesungguhannya dalam menghasilkan karya tradisional ini mampu membuahkan hasil serta mendapat perhatian sewajarnya daripada masyarakat Malaysia, khususnya generasi muda.
“Saya harap sesiapa saja yang dengar lagu Minta Ampun akan jatuh cinta dan boleh ingat untuk menyanyikannya.
“Bahagian korusnya memang senang diingat selain tarian yang boleh dijadikan trend di media sosial. Semoga selepas ini apabila orang sebut nama Shiha Zikir, mereka akan ingat lagu ini.
“Saya juga berharap lagu ini dapat memberi impak dan pengaruh positif kepada golongan Gen-Z untuk terus mencintai lagu-lagu tradisional kita, ” tuturnya menutup bicara.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.