Haish, bukan mudah menjadi pasangan #Fattzura, ada sahaja yang tidak kena.

Jika sebelum ini mereka telah dihentam kerana kononnya bermain teka-teki tentang status hubungan, namun setelah bergelar suami isteri mereka menjadi mangsa kutukan netizen kerana beraksi manja pula!

Semua ini gara-gara ada sesetengah netizen yang berkata mereka berdua hanya ingin menunjuk-nunjuk kemesraan di khayalak ramai.

‘Jika Tak Suka, Mengapa Bazirkan Masa Untuk Tengok?’ – Fazura

IKLAN

Menjawab segala kritikan yang dilempar melalui Berita Harian Online, Fazura meminta orang ramai untuk tidak membazirkan masa menonton video serta gambarnya sekirannya tidak suka.

Malah, dia menegaskan untuk sentiasa doa dan cakap yang baik-baik. Bukan itu sahaja, Fazura turut menasihati sesetengah haters untuk lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati sesetengah pihak.

IKLAN

“Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?

 

“Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.

 

“Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak,” jelasnya kepada BH Online.

‘Jika Tak Suka, Mengapa Bazirkan Masa Untuk Tengok?’ – Fazura

Bagi MH sendiri, memang ada benar kata Fazura. Jika tidak minat buat apa respond dan tengok video serta gambar-gambar mereka.

IKLAN

Lebih baik habiskan masa melihat benda-benda yang diminat sahaja kan?

Dan MH setuju juga kalau rasa tiada benda baik yang ingin dikongsikan lebih baik diam daripada meninggalkan komen-komen yang membuatkan orang terluka. Tak begitu?

SUMBER : Berita Harian Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI